DALAM belanjawan, yang sepatutnya dibincangkan ialah pertumbuhan ekonomi, kebaikan gaji, melindungi 85 peratus rakyat daripada risiko kenaikan kos sara hidup, mewujudkan peluang pekerjaan dan perniagaan, dan sebagainya.
Itulah yang ahli Parlimen kerajaan sekarang laksanakan di parlimen.
Sepatutnya itu jugalah yang diutamakan oleh pembangkang!
Malangnya, yang kelihatan menjadi prioriti ahli Parlimen pembangkang perkara lain.
Mereka lebih suka menimbulkan hal yang remeh-temeh dan tidak memberi nilai tambah besar pun kepada pembelaan nasib rakyat.
Pertama: Mempersoalkan Perdana Menteri (PM) tidak ambil gaji
Dalam sesi perbahasan belanjawan kali ini yang diberi perhatian oleh pembangkang pertamanya isu PM tidak ambil gaji.
Hakitan itu dijelmakan oleh Timbalan Presiden Pas – Tuan Ibrahim Tuan Man.
Yang mengejutkan rakyat yang rasional, Tuan Ibrahim mengaitkan sifat malaikat dengan keputusan PM tidak mengambil gaji.
Isu itu ke laut, kecualilah pembangkang pun mahu ikut jejak PM tak ambil gaji atau ikut langkah ahli Parlimen kerajaan potong gaji.
Untuk pengetahuan umum, gaji menteri daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) dipotong 40 peratus.
Ini disahkan oleh Timbalan Presidennya – Rafizi Ramli – bahawa 20 peratus gaji dipotong untuk menjimat perbelanjaan kerajaan; 20 peratus lagi dipotong untuk membolehkan parti diurus dengan lebih lancar.
Kedua: Memalukan negeri dan pengundi sendiri
Berkaitan perkara ini, Rafizi merujuk perbuatan Ahli Parlimen Hulu Terengganu yang menimbulkan isu berkaitan kosa kata dan peristilahan di Parlimen baru-baru ini.
Isu penggunaan perkataan ketimbang itu langsung tidak relevan dengan fokus perbahasan Belanjawan 2025.
Berikutan itu, masyarakat seluruh negara yang akalnya rasional mengecam perbuatan itu dan menpersoalkan kewajaran majoriti pengundi P038 memilih politikus tersebut sebagai wakil rakyat.
Rata-ratanya berpendapat itu memberi impak kepada imej kebijaksanaan rakyat kawasan Parlimen tersebut dari aspek prioriti, ketinggian ilmu, dan keupayaan akal budi.
Menurut Rafizi, ketika Pakatan Harapan (PH) berada pada posisi pembangkang dulu, PH membentangkan belanjawan alternatif bagi mengimbangi belanjawan kerajaan.
Rumusan
Tahap akal budi pembangkang sekarang sangat mengecewakan.
Mereka seolah-olah berpuas hati wujud sebagai bayang-bayang sahaja.
Barangkali mereka berasa cukuplah mereka wujud sebagai manusia yang datang ke Parlimen, cipta kebencian, sebarkan kebencian.
Selebihnya, mereka membiarkan penyokong bertempik sorak dalam media sosial; memaki-hamun PM, Kerajaan Perpaduan, dan penyokong Malaysia Madani.
Mudahnya menjadi pembangkang sekarang – mencipta kebodohan; melaksanakan pembodohan.
Sekali imbas nampak itu seperti sangat lumayan!
Pun begitu, benarkah itu lumayan dan wajar?
Tidakkah itu sebenarnya gambaran bahawa pembangkang berada pada tahap cap ayam?
Jangan marah, sebaliknya jawablah pertanyaan itu dengan jujur.







