Pelajar IPT tipu NGO direman dua hari

KUBANG PASU – Pelajar sebuah universiti awam yang disyaki menipu sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di sini beberapa hari lalu, direman dua hari bagi membantu siasatan.

Perintah reman terhadap suspek lelaki berusia 23 tahun itu dikeluarkan oleh Majistret Nurul Huda Idris di Mahkamah Jitra, hari ini.

Terdahulu, pelajar terbabit dibawa ke mahkamah pada pukul 8.28 pagi dengan menaiki kereta polis sebelum beredar kira-kira 40 minit kemudian.

Semalam, Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintenden Rodzi Abu Hassan mengesahkan penahanan suspek yang dilakukan kira-kira pukul 4 petang di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kubang Pasu.

Katanya, suspek akan disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.

Selasa lalu, pengasas Cancer Survivors Malaysia (CSM), Zuraini Kamal membuat laporan polis setelah mendakwa pelajar itu memperdayanya dengan bermodalkan cerita sedih, kononnya tidak dapat membayar yuran pengajian sebanyak RM5,000.

Zuraini memuat naik hantaran di Facebook bagi mengajak orang ramai membantu pelajar itu sehingga dia menerima sumbangan sebanyak RM1,176 dalam tempoh sejam yang dimasukkan terus ke akaunnya.

Selain Zuraini, pelajar terbabit didakwa pernah melakukan penipuan bernilai hampir RM200,000 melibatkan beberapa NGO lain serta orang kenamaan bergelar Tan Sri dan Datuk Seri sebelum ini.

Related Posts

Wanita ditahan, lima senjata api termasuk M-16 dirampas

KUALA KRAI – Penahanan seorang wanita oleh Pasukan Gerakan Am (PGA) di Kampung Miah di sini, petang semalam, membawa kepada rampasan lima laras senjata api, termasuk M-16. Komander Briged Tenggara,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Hujan lebat dua jam akibatkan banjir kilat di Cameron Highlands

KUANTAN – Hujan lebat lebih dua jam mengakibatkan kejadian banjir kilat di kawasan Habu Heights, Cameron Highlands, petang semalam. Ketua Polis Daerah Cameron Highlands, Superintendan Azri Ramli berkata, hujan lebat…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Wanita ditahan, lima senjata api termasuk M-16 dirampas

Wanita ditahan, lima senjata api termasuk M-16 dirampas

Wolves turun liga selepas gagal elak penyingkiran

Wolves turun liga selepas gagal elak penyingkiran

Hujan lebat dua jam akibatkan banjir kilat di Cameron Highlands

Hujan lebat dua jam akibatkan banjir kilat di Cameron Highlands

UMS, DBP ganding bahu martabat bahasa dan sastera kanak-kanak

UMS, DBP ganding bahu martabat bahasa dan sastera kanak-kanak

SPRM tahan penjawat awam disyaki kemuka dokumen butiran palsu kira-kira RM1.3 juta

SPRM tahan penjawat awam disyaki kemuka dokumen butiran palsu kira-kira RM1.3 juta

Tujuh lelaki warga asing ditahan cuba ceroboh sempadan

Tujuh lelaki warga asing ditahan cuba ceroboh sempadan