Tunku Ismail terima mengadap Anwar

PUTRAJAYA – Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail berkenan menerima mengadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi, semalam.

Dalam pertemuan terbabit, pelbagai isu terkini berkaitan negeri Johor sudah disampaikan serta dibincangkan.

Dalam masa sama, pertemuan itu turut dihadiri Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh serta Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Seri Hamidin Mohd Amin.

Antara yang turut dibincangkan adalah mengenai perancangan serta pembangunan sukan bola sepak negara dan pasukan kebangsaan.

Terdahulu, Anwar ketika pembentangan Belanjawan 2025 mengumumkan peruntukan RM15 juta bagi menyokong pembangunan sukan bola sepak untuk pasukan Harimau Malaya, skuad bawah 18 (B-18) tahun dan B-13 dengan kerjasama FAM.

Katanya, ia bagi mendapatkan jurulatih terbaik, mengikuti sesi latihan terbaik serta diberi ganjaran setimpal kepada pemain.

Sebelum ini, media melaporkan seolah-olah wujud idea baharu untuk memperkasakan skuad Harimau Malaya di pentas antarabangsa dengan mencadangkan agar pasukan kebangsaan bergerak berasingan atau dalam erti kata lain diswastakan.

Related Posts

Sentuhan Lampard bawa Coventry kembali ke EPL

COVENTRY City akhirnya kembali ke Liga Perdana Inggeris selepas 25 tahun apabila mengesahkan ‘kenaikan pangkat’ awal pagi tadi. Skuad kendalian Frank Lampard mengikat Blackburn Rovers 1-1 di Ewood Park, keputusan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Villa tewaskan Bologna, mara ke separuh akhir Liga Europa

ASTON Villa membelasah Bologna manakala Nottingham Forest menewaskan FC Porto pada aksi Liga Europa awal pagi tadi untuk menempah pertembungan sesama kelab England di separuh akhir. Mendahului 3-1 menerusi aksi…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Nyatakan alasan kukuh tunda sidang DUN – Fathul Bari

Nyatakan alasan kukuh tunda sidang DUN – Fathul Bari

Jeti haram, pelancong berisiko: KePKAS bertindak tegas bersih Semporna

Jeti haram, pelancong berisiko: KePKAS bertindak tegas bersih Semporna

‎Koperasi pemacu ekonomi rakyat, sumbang RM81.62 bilion – KUSKOP ‎

‎Koperasi pemacu ekonomi rakyat, sumbang RM81.62 bilion – KUSKOP ‎

ECRL perlu kaji semula cadangan 70 peratus kargo, 30 peratus penumpang

ECRL perlu kaji semula cadangan 70 peratus kargo, 30 peratus penumpang

Inisiatif Rumah Bangsa perkukuh perpaduan UMNO – Wan Rosdy

Inisiatif Rumah Bangsa perkukuh perpaduan UMNO – Wan Rosdy

Peruntukan pembangunan Kelantan dinaikkan kepada RM8 bilion – PM

Peruntukan pembangunan Kelantan dinaikkan kepada RM8 bilion – PM