Helah isi petrol berulang di stesen berlainan gagal kaburi penguat kuasa KPDN

KANGAR – Helah seorang pemuda mengisi minyak petrol bersubsidi di beberapa stesen minyak berlainan untuk tujuan penyelewengan gagal mengaburi mata penguat kuasa selepas dia ditahan dalam satu operasi di Beseri, Padang Besar semalam.

Suspek yang berusia 29 tahun itu diberkas pada pukul 8 malam semalam oleh pasukan penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) negeri selepas risikan selama dua minggu yang mendapati kenderaan suspek kerap mengisi minyak di beberapa lokasi berasingan.

Pengarah Pejabat KPDN negeri, Hasbullah Abd. Rashid berkata, hasil pemeriksaan mendapati kereta jenis Nissan Sentra yang dipandu suspek memiliki beberapa tangki tambahan yang telah diubah suai untuk tujuan mengisi petrol bersubsidi.

“Pemeriksaan lanjut mendapati suspek mengisi kira-kira 300 liter petrol bernilai RM615 ke dalam tangki tambahan yang terdapat di dalam kereta tersebut,” katanya dalam sidang akhbar di Pejabat KPDN negeri di sini, hari ini.

Beliau berkata, modus operandi suspek adalah mengisi jumlah minyak yang kecil secara berulang kali di beberapa stesen minyak berlainan sekitar Kangar dan Beseri bagi mengelakkan dikesan oleh pihak berkuasa.

Menurut Hasbullah, pihaknya turut menyiasat sama ada bahan bakar itu berpotensi untuk diseludup ke negara jiran dan siasatan lanjut akan terus dijalankan berkaitan kes tersebut.

Kes disiasat mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961 dan suspek boleh berdepan denda sehingga RM1 juta serta penjara tidak lebih tiga tahun jika sabit kesalahan.

Related Posts

Wanita ditahan, lima senjata api termasuk M-16 dirampas

KUALA KRAI – Penahanan seorang wanita oleh Pasukan Gerakan Am (PGA) di Kampung Miah di sini, petang semalam, membawa kepada rampasan lima laras senjata api, termasuk M-16. Komander Briged Tenggara,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Hujan lebat dua jam akibatkan banjir kilat di Cameron Highlands

KUANTAN – Hujan lebat lebih dua jam mengakibatkan kejadian banjir kilat di kawasan Habu Heights, Cameron Highlands, petang semalam. Ketua Polis Daerah Cameron Highlands, Superintendan Azri Ramli berkata, hujan lebat…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Wanita ditahan, lima senjata api termasuk M-16 dirampas

Wanita ditahan, lima senjata api termasuk M-16 dirampas

Wolves turun liga selepas gagal elak penyingkiran

Wolves turun liga selepas gagal elak penyingkiran

Hujan lebat dua jam akibatkan banjir kilat di Cameron Highlands

Hujan lebat dua jam akibatkan banjir kilat di Cameron Highlands

UMS, DBP ganding bahu martabat bahasa dan sastera kanak-kanak

UMS, DBP ganding bahu martabat bahasa dan sastera kanak-kanak

SPRM tahan penjawat awam disyaki kemuka dokumen butiran palsu kira-kira RM1.3 juta

SPRM tahan penjawat awam disyaki kemuka dokumen butiran palsu kira-kira RM1.3 juta

Tujuh lelaki warga asing ditahan cuba ceroboh sempadan

Tujuh lelaki warga asing ditahan cuba ceroboh sempadan