RM6.7 billion cerminan komitmen kerajaan persekutuan dalam pembangunan Sabah

KOTA KINABALU – Peruntukan sebanyak RM6.7 billion bagi Sabah disifatkan sebagai cerminan komitmen kerajaan persekutuan dalam pembangunan Sabah.

Pensyarah Kanan, Fakulti Perniagaan, Ekonomi dan Perakaunan di Universiti Malaysia Sabah (UMS), Dr. Saizal Pinjaman berkata peruntukan itu dapat membantu menjayakan projek pembangunan dalam Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12).

“Peruntukan ini diperlukan dalam menjayakan projek pembangunan dalam RMK12 khususnya mempergiat pembangunan di Sabah yang dijangka berakhir pada tahun 2025.

“Ini termasuk peruntukan lain dalam Belanjawan Madani 2025 yang dikhususkan kepada Sabah disifatkan menyeluruh kerana merangkumi pelbagai aspek penting.

“Ia boleh dibahagikan kepada tiga tumpuan utama, iaitu menjana perubahan, membugar ekonomi dan mensejahtera rakyat,” katanya ketika dihubungi wartawan TMP di sini pada Isnin.

Beliau yakin kerajaan negeri mampu menguruskan peruntukan yang diberikan dengan berkesan.

“Kerjaan negeri dapat memberi tumpuan kepada perbelanjaan di bidang-bidang utama dan memastikan setiap perbelanjaan memberikan manfaat maksimum kepada masyarakat,” katanya.

Dalam pada itu, beliau memberitahu selain isu pembangunan terdapat tiga isu lain yang perlu diberi perhatian oleh kerajaan untuk Sabah.

“Kerajaan perlu memberi perhatian terhadap kesihatan awam terutamanya dalam memastikan akses kepada perkhidmatan kesihatan yang berkualiti di kawasan luar bandar.

“Kedua, pendidikan juga memerlukan fokus tambahan, khususnya isu keciciran pendidikan dalam kalangan penduduk luar bandar yang sering berlaku terutamanya di kawasan pulau.

“Keselamatan dan kesejahteraan komuniti juga perlu diberikan keutamaan dengan penekanan kepada pengurangan jenayah dan penagihan dadah melalui kerjasama yang erat antara agensi keselamatan dan masyarakat,” jelasnya.

Related Posts

10 pengunjung terjejas, Sunway Lagoon tampil beri penjelasan

SHAH ALAM – ‘Keselamatan dan kesejahteraan pengunjung adalah keutamaan kami’, demikian penegasan Taman Tema Sunway selepas mengesahkan insiden membabitkan sebuah tarikan di Sunway Lagoon pada 22 Ogos lalu yang melibatkan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Lima lelaki ditahan, hampir 200kg daun ketum dirampas

IPOH – Kegiatan memiliki dan menyimpan daun ketum serta air minuman itu membawa padah apabila lima lelaki tempatan ditahan dalam dua serbuan berasingan di Kerian dan Hilir Perak, pada Isnin…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Akta e-dagang baharu perlu disegerakan demi lindungi peniaga tempatan – Fuziah

Akta e-dagang baharu perlu disegerakan demi lindungi peniaga tempatan – Fuziah

Dapatan RCI Tabung Haji: Jangan kelirukan rakyat

Dapatan RCI Tabung Haji: Jangan kelirukan rakyat

10 pengunjung terjejas, Sunway Lagoon tampil beri penjelasan

10 pengunjung terjejas, Sunway Lagoon tampil beri penjelasan

Jangan politikkan Tabung Haji tetapi siapa pula menubuhkan RCI? – Mahfuz

Jangan politikkan Tabung Haji tetapi siapa pula menubuhkan RCI? – Mahfuz

Lima lelaki ditahan, hampir 200kg daun ketum dirampas

Lima lelaki ditahan, hampir 200kg daun ketum dirampas

Lelaki hilang cari lembu dalam Hutan Simpan Sementah ditemukan selamat

Lelaki hilang cari lembu dalam Hutan Simpan Sementah ditemukan selamat