Wee Ka Siong dilantik sebagai penasihat pelaburan China di Malaysia

PRESIDEN MCA Datuk Seri Dr Wee Ka Siong dilantik sebagai penasihat pelaburan China di Malaysia.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, yang juga pengerusi Barisan Nasional (BN) berkata Wee akan berkhidmat di bawahnya.

“Presiden MCA berada dalam delegasi rasmi semasa lawatan saya ke China. 

“Pelaburan RM5 bilion dalam industri halal di China juga adalah hasil usaha presiden MCA dan saya,” katanya.

Beliau yang juga mempengerusikan Majlis Pembangunan Industri Halal, berkata demikian dalam ucapannya pada perasmian perhimpunan agung tahunan MCA ke-71 di Wisma MCA hari ini.

Dalam ucapannya, Zahid berjanji Universiti Tunku Abdul Rahman (Utar), yang ditubuhkan oleh MCA pada 2002 akan ditambah baik.

Beliau berkata kerajaan telah meluluskan pengecualian tunggakan cukai untuk Utar.

“Malah saya ingin memberitahu tentang permasalahan UTAR, tentang permasalahan Yayasan Pendidikan UTAR. Saya ingin memberitahu di Persidangan MCA ini bahawa kerajaan telah bersetuju untuk memberikan pengecualian cukai kepada Yayasan Pendidikan UTAR dan akan dilakukan sesuatu yang lebih baik selepas ini.

“Kalau ini yang diminta oleh Presiden MCA jangan risau abang akan bersama sama dengan MCA. Perkara ini boleh dibincangkan, saya fikir kalau peruntukan untuk UTAR ini mahu dikekalkan sepanjang masa dan selama-lamanya saya akan perjuangkan bersama-sama dengan MCA,” ujarnya.

Wee, dalam ucapannya sebelum ini, berkata beliau berharap Utar akan dikecualikan daripada cukai kerana ia diuruskan oleh badan bukan keuntungan, Yayasan Pendidikan Utar (Utaref).

Beliau berkata, perkara ini selaras dengan Seksyen 44(6) dan Seksyen 127(3A) Akta Cukai Pendapatan 1967.

Ahad lalu Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata pengecualian cukai ke atas Utar sebanyak RM83 juta kerana institusi pengajian tinggi itu memerlukan masa untuk memisahkan antara cabang urusan syarikat perniagaan komersil dan pendidikannya.

Related Posts

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

PUTRAJAYA – Pakatan Harapan (PH) akan mengadakan mesyuarat dalam masa terdekat bagi meneliti beberapa perkara yang dibangkitkan pada Kongres Nasional PKR dan Persidangan Kebangsaan DAP. Ketua Penerangan PKR, Datuk Seri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

KUALA LUMPUR – Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mencatatkan pendapatan pelaburan RM57.50 bilion bagi tempoh enam bulan berakhir 30 Jun 2026, meningkat 48 peratus berbanding RM38.92 bilion dalam tempoh sama…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

RM1.57 bilion perkukuh pembangunan kesihatan Sabah

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

PH akan teliti mesej Kongres PKR, Persidangan DAP – Fahmi

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

Polis sahkan kedai emas Genting Highlands dirompak

LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

  • By Fandi
  • August 17, 2026
LDP Sandakan sedia rebut semula kepercayaan pengundi

RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

RM57.5 bilion dalam separuh tahun, KWSP catat lonjakan 48 peratus

MBSA sedia 300 hidangan percuma di Seksyen 24 esok

MBSA sedia 300 hidangan percuma di Seksyen 24 esok