NUTP hargai komitmen kukuh kerajaan perkasa pendidikan, mohon peruntukan tambahan latihan teknologi AI

KESATUAN Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Semenanjung Malaysia (NUTP) secara umum memuji Belanjawan 2025 dengan pengumuman peruntukan sebanyak RM64.1 bilion diberikan kepada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Peruntukan tertinggi dan hasrat Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memastikan ruang pembelajaran yang selesa, selamat dan bermakna untuk anak-anak menimba ilmu amatlah disanjung tinggi.

Setiausaha Agung NUTP, Fouzi Singon berkata, namun begitu, NUTP berharap Kementerian Pendidikan dapat memberikan peruntukan tambahan kepada program latihan guru terutama bagi memastikan persediaan latihan terhadap perubahan kurikulum pendidikan pada tahun 2027 nanti serta kemajuan teknologi AI.

“Selain daripada itu, runggutan daripada guru berkaitan peruntukan aktiviti sukan dan ko-kurikulum tidak ditingkatkan dalam belanjawan kali ini.

“Justeru, NUTP amat berharap Kementerian Pendidikan dapat menyelaraskan semula peruntukan bagi keperluan aktiviti ini.

“Hasrat Kementerian Pendidikan untuk meningkatkan elaun bagi pendidikan Tingkatan 6 tidak kesampaian. Besar harapan NUTP agar Menteri Pendidikan dapat mempertimbangkan cadangan yang dibuat sebelum ini,” kata Fouzi dalam kenyataan pada Sabtu.

Dalam tempoh jangka masa panjang, pihak NUTP berharap agar Kementerian Pendidikan merangka satu pelan strategik yang komprehensif bagi menangani isu sekolah
padat dengan pembinaan sekolah baru atau bangunan tambahan, ujar beliau.

“Bahagian Pembangunan Kementerian Pendidikan diharap dapat melihat keperluan penyelenggaran bilik guru dan penyaman udara di sekolah,” katanya.

Mengulas lanjut Fouzi berkata, NUTP sekali lagi mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada Kerajaan Madani atas keprihatinan yang jelas ditunjukkan melalui Belanjawan 2025.

“Kami yakin peruntukan yang diberikan akan membawa banyak manfaat kepada pendidikan negara, terutama dari segi peningkatan infrastruktur sekolah dan kebajikan murid serta guru.

“Namun begitu, NUTP berharap agar semua inisiatif yang dirancang dapat dilaksanakan dengan berkesan dan menyeluruh demi memastikan setiap murid mendapat akses kepada pendidikan yang berkualiti.

“NUTP akan terus menyokong sebarang usaha ke arah penambahbaikan sistem pendidikan negara dan berharap agar Belanjawan 2025 ini menjadi permulaan kepada transformasi pendidikan yang lebih gemilang,” katanya lagi.

Related Posts

JKOM perkasa penyampaian mesej MADANI kepada masyarakat India melalui kerjasama dengan MITRA

PUTRAJAYA – Jabatan Komunikasi Komuniti (JKOM) akan memperkukuh penyampaian mesej Kerajaan MADANI kepada masyarakat India menerusi kerjasama strategik dengan Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (MITRA), termasuk penghasilan kandungan dalam bahasa…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Lindung 24 jam bukti keberkesanan, Perkeso bayar lebih RM1.2 juta dalam bulan pertama

KUALA LUMPUR – Skim Kemalangan Bukan Bencana Kerja (Lindung 24 Jam) yang baru dilaksanakan menunjukkan impak positif apabila Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) menyalurkan lebih RM1.2 juta faedah kepada pencarum dalam…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

10 tawaran utama bukti kesungguhan PH bangunkan Johor, Haniff seru perantau pulang mengundi

10 tawaran utama bukti kesungguhan PH bangunkan Johor, Haniff seru perantau pulang mengundi

JKOM perkasa penyampaian mesej MADANI kepada masyarakat India melalui kerjasama dengan MITRA

JKOM perkasa penyampaian mesej MADANI kepada masyarakat India melalui kerjasama dengan MITRA

BUDI Diesel: Pengguna puji kelancaran sistem MyKad, harap prosedur kuota tambahan dipermudah

BUDI Diesel: Pengguna puji kelancaran sistem MyKad, harap prosedur kuota tambahan dipermudah

Lindung 24 jam bukti keberkesanan, Perkeso bayar lebih RM1.2 juta dalam bulan pertama

Lindung 24 jam bukti keberkesanan, Perkeso bayar lebih RM1.2 juta dalam bulan pertama

10 lelaki ditahan terlibat salah guna dadah

10 lelaki ditahan terlibat salah guna dadah

Tidak wajar lantikan Azam di NFCC dijadikan hukuman awam tanpa keputusan autoriti

Tidak wajar lantikan Azam di NFCC dijadikan hukuman awam tanpa keputusan autoriti