Majlis Fatwa Sabah putuskan ajaran GISBH menyeleweng

KOTA KINABALU – Majlis Fatwa Negeri Sabah memutuskan bahawa ajaran dan fahaman Global Ikhwan Service & Business Holdings (GISBH) adalah menyeleweng serta bercanggah daripada ajaran Islam.

Pejabat Mufti Negeri Sabah (PMNS) menerusi hantaran di laman Facebook berkata, ketetapan itu diputuskan dalam Muzakarah Khas Majlis Fatwa Negeri Sabah Tahun 2024 yang diadakan pada 1 dan 2 Oktober lalu di sini.

Menurut kenyataan itu, ini bagi menjawab persoalan masyarakat berkenaan ajaran, amalan, pegangan dan fahaman GISBH serta rangkaian syarikat gabungannya telah diputuskan ajaran tersebut adalah bercanggah dan menyeleweng dari ajaran Islam yang berteraskan pegangan Ahli Sunnah Wal Jama’ah, al-Asyairah dan al-Maturidiah.

“Penyelewengan tersebut meliputi aspek akidah, syariah, akhlak, kekeluargaan, kemanusiaan, muamalah ekonomi dan membawa kepada perpecahan umat dan mengancam keselamatan negara.

“Antara penyelewengan dari sudut Akidah termasuk meyakini Abuya (Ashaari Mohammad) ghaib dan akan muncul bersama Imam Mahdi (Syeikh Suhaimi) sebagai pembantu Imam Mahdi di akhir zaman dan meyakini amalan bertabarruk yang bercanggah dengan syarak seperti bertabarruk dengan apa-apa yang digunakan pemimpin GISBH antaranya makam dan minum air basuhan tangan, rendaman gigi, janggut dan lain-lain.

“Dari sudut Syariah, ajaran GISBH mendakwa solat Jumaat tidak wajib kerana belum tertegak kerajaan Imam Mahdi dan mereka menunaikan solat Jamak Qasar secara berterusan dengan alasan dalam perjuangan fisabililah.

“Manakala penyelewengan dari sudut Muamalah Ekonomi, mereka telah melakukan penyalahgunaan rumah amal bagi mendapatkan sumbangan kerajaan dan orang ramai serta melakukan eksploitasi ahli (pekerja) seperti kerja tanpa gaji dan pembayaran wang tugasan harian,” katanya dalam kenyataan di sini pada Khamis.

Sehubungan itu, PMNS turut menyampaikan peringatan kepada semua yang turut terlibat dengan ajaran berkenaan untuk kembali bertaubat.

“GISBH juga melakukan banyak lagi penyelewengan lain yang turut bercanggah dengan ajaran Islam, oleh itu mana-mana ahli jemaah GISBH dan orang Islam yang mengamalkan fahaman dan ajaran GISBH wajib bertaubat serta meninggalkan fahaman dan ajaran tersebut dengan segera,” katanya.

Related Posts

Seraheng Kakan buka tirai Pesta Kaul, tarik kehadiran pelawat

MUKAH – Upacara tradisi Seraheng Kakan terus menjadi pembuka tirai utama Pesta Kaul masyarakat Melanau, dengan peningkatan kehadiran pelawat yang sekali gus merancakkan semula sektor ekonomi dan perniagaan tempatan. Timbalan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Regatta Betong 2026: Sukan warisan kembali selepas 16 tahun menyepi

BETONG – Selepas 16 tahun menyepi, kemeriahan sorakan di tebing Sungai Layar kembali bergema menerusi penganjuran Regatta Betong 2026 yang menyasarkan pemerkasaan warisan budaya serta pemangkin ekonomi setempat. Acara sukan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Seraheng Kakan buka tirai Pesta Kaul, tarik kehadiran pelawat

Seraheng Kakan buka tirai Pesta Kaul, tarik kehadiran pelawat

Regatta Betong 2026: Sukan warisan kembali selepas 16 tahun menyepi

Regatta Betong 2026: Sukan warisan kembali selepas 16 tahun menyepi

Sarawak cadang perluas JMU, tingkatkan penyertaan pelajar luar bandar ke IPT

Sarawak cadang perluas JMU, tingkatkan penyertaan pelajar luar bandar ke IPT

Miri diperkasa sebagai hab ekonomi utama, pacu pengangkutan pintar

Miri diperkasa sebagai hab ekonomi utama, pacu pengangkutan pintar

Sarawak tekankan pembangunan Miri, ekonomi baharu dan pendidikan masa depan

Sarawak tekankan pembangunan Miri, ekonomi baharu dan pendidikan masa depan

‎APM Sabah diperkukuh, tingkat kesiapsiagaan operasi di Kota Kinabalu ‎

‎APM Sabah diperkukuh, tingkat kesiapsiagaan operasi di Kota Kinabalu ‎