KSN pantau persiapan Asean 2025

PUTRAJAYA – Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar akan mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Pegawai-pegawai Kanan di bawah mekanisme Jawatankuasa Pemandu Kebangsaan bagi memastikan persediaan negara menjelang permulaan tugas Malaysia sebagai Pengerusi Asean.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perkara itu diputuskan dalam Mesyuarat Khas Kepengerusian Asean-Malaysia 2025 dihadiri anggota Jemaah Kabinet dan semua agensi berkaitan.

“Ini adalah mesyuarat pertama selepas Malaysia menerima Kepengerusian Asean di Lao PDR, Jumaat lalu, bertujuan memperhalusi tahap persediaan negara menjelang permulaan tugas Malaysia sebagai Pengerusi Asean secara rasmi pada 1 Januari 2025.

“Dalam mesyuarat ini, saya tegaskan keperluan untuk semua pihak membuat persediaan yang rapi bagi memastikan persidangan ini dapat berlangsung dengan sempurna,” katanya melalui hantaran di Facebook.

Beliau berkata, penyelarasan peranan dan tanggungjawab setiap kementerian, agensi serta entiti kerajaan perlu berada di tahap terbaik dan memberikan kerjasama menyeluruh.

“Tumpuan khusus adalah memperkemas dan mempertingkatkan persiapan logistik bagi menjaga imej Malaysia sebagai Pengerusi Asean.

“Persiapan rapi ini amat penting bagi memastikan Malaysia dapat mengetengahkan kepimpinan Asean yang berpandangan ke hadapan dalam menangani cabaran di rantau ini dan di peringkat global,” katanya.

Related Posts

Imigresen buat laporan polis susulan dakwaan tular di UTC Pudu

KUALA LUMPUR – Jabatan Imigresen Malaysia (Imigresen) membuat laporan polis berhubung satu hantaran tular di media sosial mengenai pengalaman seorang pemohon ketika berurusan di Pejabat Imigresen Cawangan UTC Pudu Sentral.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kajian tiga universiti sahkan impak positif PLKN 3.0

PADANG BESAR – Kajian analisis keberkesanan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 yang dilaksanakan bersama tiga universiti tempatan mendapati program itu memberi impak positif terhadap pembangunan pelatih. Ketua Pengarah Jabatan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Naik taraf jalan Sepang dijangka siap pertengahan September

Naik taraf jalan Sepang dijangka siap pertengahan September

Lelaki miliki enam rekod jenayah lampau ditahan bersama syabu RM500

Lelaki miliki enam rekod jenayah lampau ditahan bersama syabu RM500

Hasbi santuni 27 mangsa kebakaran di Medamit

Hasbi santuni 27 mangsa kebakaran di Medamit

59 kontinjen serikan sambutan Maulidur Rasul di Sibu

59 kontinjen serikan sambutan Maulidur Rasul di Sibu

Hanifah salur bantuan baik pulih 21 rumah terjejas ribut

Hanifah salur bantuan baik pulih 21 rumah terjejas ribut

Pendapatan nelayan Tasik Gubir terjejas akibat air surut

Pendapatan nelayan Tasik Gubir terjejas akibat air surut