200,000 penduduk kem Jabalia terputus bekalan air, makanan dan ubat 12 hari

GAZA – Sekurang-kurangnya 200,000 penduduk di utara Semenanjung Gaza terputus bekalan makanan, air atau ubat-ubatan selama 12 hari berturut-turut sepanajang operasi pembersihan etnik oleh tentera Israel, lapor Pertahanan Awam Gaza.

Menurutnya, rakyat Palestin di kem pelarian Jabalia bukan sahaja kehilangan barangan dan makanan keperluan asas malah seluruh kawasan wilayah utara Gaza terus-terusan dibom serta dibedil sehingga meruntuhkan semua bangunan dan infrastruktur sedia ada, lapor Anadolu.

Tambah kenyataan itu, tidak cukup dengan itu, berpuluh-puluh lagi orang awam yang terbunuh di bawah runtuhan dan di jalan raya, masih terperangkap dan tidak dapat diselamatkan apabila tentera Israel sentiasa menyasarkan sebarang objek bergerak.

“Jabalia sedang dimusnahkan secara sistematik dan menghadapi kematian secara besar-besaran,” katanya.

Sebelum ini, saksi memberitahu bahawa tentera Israel melakukan pemusnahan, pembakaran dan merobohkan bangunan dan rumah secara besar-besaran di kem pelarian malah letupan juga didengari dipercayai berpunca daripada operasi besar-besaran itu.

Pada Rabu, tentera Israel telah membakar rumah penduduk Palestin di kawasan barat kem pelarian Jabalia di utara Gaza malah mereka terus mara ke kawasan Be’er al-Na’ja untuk meneruskan kemusnahan sama.

Menurut saksi, akibat daripada serangan kejam tersebut, banyak rumah dan harta benda terbakar, mengakibatkan kerugian yang besar, walaupun tiada kecederaan dilaporkan serta-merta.

Saksi memerhatikan asap hitam tebal naik dari kawasan barat kem Jabalia berikutan kebakaran berterusan, yang kekal aktif setakat 4:08 petang pada Rabu.

Selain itu, helikopter Israel juga dilihat menembak ke kawasan di barat laut Gaza, khususnya di sekitar wilayah Al-Sfawi di utara Bandar Gaza, menurut saksi.

Tentera Israel melancarkan operasi ketenteraan di utara Gaza pada 6 Oktober kononnya untuk menghalang Hamas daripada berkumpul semula di kawasan itu namun sebenarnya memaksa rakyat Palestin meninggalkan kawasan Jabalia untuk selama-lamanya.

Lebih 342 orang telah terbunuh sejak itu di tengah-tengah kemusnahan besar-besaran kem pelarian Jabalia, utara Gaza, menurut pihak berkuasa Palestin sekaligus menjadi operasi darat ketiga yang dijalankan oleh tentera Israel di kem Jabalia sejak bermulanya pembunuhan beramai-ramai di Gaza pada 7 Oktober 2023.

Related Posts

Ruang udara Iran kembali dibuka

TEHRAN – Iran membuka semula ruang udaranya selepas penutupan hampir lima jam di tengah-tengah kebimbangan mengenai kemungkinan tindakan ketenteraan Amerika Syarikat (AS), yang memaksa syarikat penerbangan membatalkan, mengubah laluan atau…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Cuaca sejuk melampau ragut 24 nyawa di Gaza
  • SitiSiti
  • January 14, 2026

JUMLAH kematian akibat cuaca sejuk melampau di Genting Gaza meningkat kepada 24 orang, termasuk 21 kanak-kanak, sejak bermulanya serangan ketenteraan Israel pada Oktober 2023, menurut pihak berkuasa tempatan pada Selasa.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Isu monyet liar: MBI ambil langkah pengawalan di Gunung Lang

Isu monyet liar: MBI ambil langkah pengawalan di Gunung Lang

Dana Zakat i-Asnaf: Petronas bantu ringankan beban 500 keluarga di Miri

Dana Zakat i-Asnaf: Petronas bantu ringankan beban 500 keluarga di Miri

Parit tanah, struktur haram punca banjir kilat di Piasau Utara

Parit tanah, struktur haram punca banjir kilat di Piasau Utara

ADUN Tebedu tinjau kerosakan bencana, mahu penyelesaian segera untuk rakyat Serian

ADUN Tebedu tinjau kerosakan bencana, mahu penyelesaian segera untuk rakyat Serian

Balingian terima suntikan RM94 juta, laksana lima projek impak tinggi

Balingian terima suntikan RM94 juta, laksana lima projek impak tinggi

Polis Saratok tidak berkompromi kelab haram, ancam keselamatan awam

Polis Saratok tidak berkompromi kelab haram, ancam keselamatan awam