
KUCHING – Satu kemalangan jalan raya berlaku pada awal pagi Khamis melibatkan sebuah kenderaan pacuan empat roda yang terbabas dan masuk ke dalam parit di Batu 18, Jalan Kuching-Serian, Sarawak.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Sarawak berkata pihak menerima panggilan kecemasan diterima pada 6:10 pagi.
Setelah berada di tempat kejadian, pihak Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Siburan berusaha mengeluarkan mangsa dengan peralatan khas.
Mangsa, seorang lelaki yang memandu kenderaan tersebut tersepit di tempat duduk pemandu disahkan meninggal dunia.
Komander Operasi, PBK II Shaiful, mengetuai operasi ini dengan seramai enam anggota dengan sebuah jentera FRT.
Selain itu, pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan sebuah ambulans turut berada di lokasi kejadian bagi memberi bantuan.





