HASiL nafi mesej tular di WhatsApp

PUTRAJAYA – Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL) mengeluarkan kenyataan penting berkaitan penyebaran maklumat palsu yang menggunakan nama Ketua Pegawai Eksekutif HASiL.

Difahamkan teks tersebut telah tular melalui aplikasi WhatsApp.

HASiL menegaskan pihaknya tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan berkaitan perkara tersebut.

“Orang ramai diminta supaya tidak menyebarkan maklumat palsu ini. Agensi itu memandang serius penyalahgunaan nama Ketua Pegawai Eksekutif mereka, terutama di platform yang boleh mengelirukan orang awam.

Penyebaran maklumat palsu ini boleh dikenakan tindakan undang-undang di bawah Seksyen 505 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM).

HASiL turut mengingatkan tiada teks menerusi aplikasi WhatsApp yang dibenarkan tanpa kebenaran, dan tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana pihak yang didapati terlibat.

Sebagai langkah berjaga-jaga, orang ramai dinasihatkan untuk berhati-hati terhadap sebarang mesej WhatsApp, e-mel, atau pautan yang mencurigakan, serta melaporkan mesej tersebut dan menyekat nombor pengirim.

Untuk mendapatkan maklumat berkaitan percukaian, orang ramai boleh merujuk kepada sumber rasmi seperti portal HASiL (www.hasil.gov.my), portal MyTax (https://mytax.hasil.gov.my), menghubungi HASiL Contact Centre di talian 03-8911 1000, atau berkunjung ke pejabat HASiL berhampiran.

HASiL memandang isu ini sebagai keutamaan dalam memastikan keyakinan pembayar cukai terhadap perkhidmatan yang diberikan.

Agensi itu akan terus meningkatkan mutu perkhidmatan dan mengambil langkah proaktif bagi menangani isu ini.

Related Posts

SARA bulanan mula dikredit hari ini

KUALA LUMPUR – Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) bulanan mula dikreditkan kepada penerima melalui MyKad masing-masing hari ini. Kementerian Kewangan (MoF) menerusi hantaran di aplikasi X pada Khamis memaklumkan, sejumlah…

Lebih lanjut

teruskan membaca
KPM henti serta-merta program penceramah bebas susulan dakwaan tular

PUTRAJAYA – Kementerian Pendidikan (KPM) mengarahkan semua program melibatkan seorang penceramah bebas dihentikan serta-merta susulan beberapa dakwaan serius yang sedang tular di media sosial. Menteri Pendidikan, Datuk Seri Fadhlina Sidek…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kejohanan Kuantan 7s Hockey Challenge 2026 rekod 180 penyertaan

Kejohanan Kuantan 7s Hockey Challenge 2026 rekod 180 penyertaan

Netizen sifatkan Mohd Shuhaily pilihan tepat perkukuh kawalan sempadan negara

Netizen sifatkan Mohd Shuhaily pilihan tepat perkukuh kawalan sempadan negara

Tegas pertahan integriti, KP AKPS lapor polis isu video tular

Tegas pertahan integriti, KP AKPS lapor polis isu video tular

Warga emas maut, motosikal bertembung pacuan empat roda

  • By Fatin
  • October 1, 2026
Warga emas maut, motosikal bertembung pacuan empat roda

DBKK nafi dakwaan palsu lantikan CEO Kinabalu Venture

DBKK nafi dakwaan palsu lantikan CEO Kinabalu Venture

SARA bulanan mula dikredit hari ini

SARA bulanan mula dikredit hari ini