RUU Majlis Media Malaysia sudah dihantar kepada Peguam Negara

PUTRAJAYA – Kementerian Komunikasi sudah mengemukakan draf Rang Undang-Undang (RUU) Majlis Media Malaysia (MMM) kepada Jabatan Peguam Negara untuk semakan akhir.

Menterinya, Fahmi Fadzil berkata, kementerian giat mengadakan sesi perbincangan mengenai cadangan penubuhan MMM bersama Jawatankuasa Protem dan pihak berkepentingan bagi mendapatkan maklum balas, sebelum memuktamadkan RUU itu.

Selain itu, proses Analisis Impak Peraturan (RIA) bagi penubuhan MMM juga sudah diselesaikan.

“Draf RUU MMM yang dipersetujui secara bersama sudah dikemukakan kepada Jabatan Peguam Negara sebelum Memorandum Jemaah Menteri mengenai RUU ini disediakan.

“RUU ini dijangka dibentangkan pada mesyuarat Parlimen kali ini, tertakluk kepada kelulusan Jemaah Menteri,” katanya menerusi jawapan bertulis di Dewan Rakyat, semalam.

Beliau menjawab soalan Ahmad Fadhli Shaari (PN-Pasir Mas) mengenai status terkini penubuhan MMM seperti dijanjikan sebelum ini dan garis masa pelaksanaannya.

Fahmi berkata, penubuhan MMM, iaitu organisasi kawal selia kendiri bagi media dan pengamalnya pada masa ini penting untuk mendukung piawaian atau standard kewartawanan, menaikkan tahap profesionalisme dan menyediakan ruang untuk aduan awam terhadap media.

Apabila ditubuhkan kelak, katanya, MMM bertanggungjawab untuk membangunkan dan melaksanakan kod etika pelaporan.

“Hal ini akan dapat memperkasa profesion kewartawanan negara dan pada masa sama, memastikan pelaporan berita dilakukan media dilakukan secara bertanggungjawab,” katanya.

Related Posts

ATM laksana latihan ketenteraan secara tersusun, lalui proses pihak terlibat – MKN

PUTRAJAYA – Pelaksanaan latihan ketenteraan tertakluk kepada prosedur kelulusan yang ketat di samping penyelarasan turut dilakukan bersama kementerian dan agensi berkaitan. Majlis Keselamatan Negara (MKN) menerusi kenyataan memaklumkan, bagi kawasan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
2 penjenayah maut berbalas tembakan dengan polis

KUALA LUMPUR – Dua penjenayah warga tempatan ditembak mati dalam kejadian berbalas tembakan dengan pasukan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman di Jalan Persiaran Seri Putra 2, Bandar Seri Putra,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PKR susun semula jentera pilihan raya, Amirudin dan Saifuddin diberi peranan utama

PKR susun semula jentera pilihan raya, Amirudin dan Saifuddin diberi peranan utama

JPJ Perak keluar 510 notis Ops Khas Aidiladha

JPJ Perak keluar 510 notis Ops Khas Aidiladha

Onn Hafiz dedah Istana Johor nasihat mohon maaf kepada Ahmad Zahid

Onn Hafiz dedah Istana Johor nasihat mohon maaf kepada Ahmad Zahid

Umat Islam diajak hayati sejarah pengorbanan Nabi Ibrahim dan anaknya, Nabi Ismail

Umat Islam diajak hayati sejarah pengorbanan Nabi Ibrahim dan anaknya, Nabi Ismail

Umat Islam diseru pelihara perpaduan, perkukuh ukhuwah

Umat Islam diseru pelihara perpaduan, perkukuh ukhuwah

Pas dan politik koalisi: Mengapa hubungan sering tidak kekal lama?

Pas dan politik koalisi: Mengapa hubungan sering tidak kekal lama?