PMDK persiap atlet muay thai Pahang

KUANTAN – Persatuan Muay Thai Daerah Kuantan (PMDK) sedang mempersiapkan atlet mewakili Pahang pada temasya Sukan Malaysia (Sukma) Selangor 2026.

Presidennya, Ahmad Adzwan Abdullah berkata, setakat ini persatuan itu mempunyai 20 atlet, termasuk tiga wanita berusia antara 14 dan 16 tahun.

Katanya, mereka sedang menjalani latihan di PMDK Arena, Jalan Wong Ah Jang, dekat sini.

“Daripada 20 atlet itu, hanya lapan atlet, termasuk tiga wanita akan dipilih untuk menyertai pasukan Muay Thai Pahang.

“Pada peringkat Pahang, seramai 21 atlet muay thai akan menjalani latihan sebelum atlet terbaik disenaraikan untuk mewakili Pahang di Sukma Selangor nanti,” katanya.

Beliau berkata dmeikian ketika sidang media Kejohanan PMDK Fight 3.0 bagi tali pinggang YBS di sini hari ini.

Seramai 18 atlet muay thai termasuk dari luar negara mengesahkan penyertaan dalam kejohanan itu yang berlangsung di Dewan Datuk Seri Abdul Manan, dekat Paya Besar, Sabtu ini.

Beliau berkata, kejohanan itu adalah sebahagian daripada inisiatif PMDK mencungkil dan memperkasa bakat muda dalam sukan muay thai di Kuantan.

Related Posts

Adeola hadiah emas pertama Malaysia di Sukan Asia Aichi-Nagoya

KOTA KINABALU – Atlet karate negara kelahiran Tambunan, Sabah, Adeola Fay Robert, mencipta sejarah apabila menghadiahkan pingat emas pertama Malaysia pada Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026 di Jepun, hari ini. Atlet…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Skuad United dalam keadaan terlalu lemah

LEGENDA Manchester United, Wayne Rooney menyifatkan skuad The Red Devils ketika ini terlalu lemah selepas kelab gergasi Liga Perdana Inggeris (EPL) itu mengharungi permulaan musim yang mengecewakan. Rooney berpendapat, pengurusan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tarik balik kenyataan tidak memadai, persepsi rakyat perlu dipulihkan – Mahfuz

Tarik balik kenyataan tidak memadai, persepsi rakyat perlu dipulihkan – Mahfuz

PN berdepan pembatalan pendaftaran RoS?

PN berdepan pembatalan pendaftaran RoS?

Anwar hormati keputusan Anthony, beri ruang untuk berbincang

Anwar hormati keputusan Anthony, beri ruang untuk berbincang

Permohonan undi pos PRN Melaka bermula hari ini

Permohonan undi pos PRN Melaka bermula hari ini

Proses bina semula Gaza perlu disegerakan

Proses bina semula Gaza perlu disegerakan

ECRL diutamakan, projek rel baharu perlu ikut kemampuan – PM Anwar

ECRL diutamakan, projek rel baharu perlu ikut kemampuan – PM Anwar