
SEREMBAN – Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Ismail Lasim, dilaporkan tidak sihat dan kini sedang menerima rawatan di sebuah hospital, di sini.
Perkara itu disahkan anak beliau, Naim Ismail, ketika dihubungi Bernama hari ini.
“Betul, (Ismail) tak sihat,” katanya ringkas menerusi aplikasi WhatsApp.
Sementara itu, Setiausaha Akhbar beliau, Mohd Fasha Musthafa berkata, keadaan Ismail yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Juasseh, kini dilaporkan semakin pulih.
Beliau turut merakamkan penghargaan kepada orang ramai atas keprihatinan diberikan serta meminta semua pihak mendoakan agar Ismail segera sembuh dan dikurniakan kesihatan yang baik.



