KAPTEN Perancis, Kylian Mbappe tidak menyertai sesi latihan pasukan hari ini dan masih menjalani rawatan menjelang aksi Liga Negara-Negara UEFA menentang Itali, lapor AFP.
Barisan kejurulatihan Les Bleus tidak mendedahkan maklumat lanjut mengenai keadaan fizikal penyerang Real Madrid berusia 27 tahun itu.
Mbappe baru kembali menyertai skuad Perancis selepas terlepas tiga perlawanan terakhir akibat kecederaan lutut kiri yang dialaminya ketika menentang Turkiye pada September lalu.
Ketika itu, dia menjaringkan gol kemenangan pada perlawanan pertama Zinedine Zidane selaku ketua jurulatih sebelum terpaksa dikeluarkan.
Perancis kini mendahului Kumpulan A1 dengan tiga kemenangan dan satu seri, dan berada di landasan terbaik untuk ke suku akhir.
Les Bleus akan berdepan Itali di Milan awal pagi Jumaat sebelum menentang Turkiye di Bordeaux pada Isnin.


