Polis bongkar taktik sembunyi dadah lebih 1.8kg pada seluar dalam wanita, kasut

TAWAU – Tindakan pantas sepasukan anggota polis dari Cawangan Khas dan polis Bantuan Usahawan Borneo Terminal Feri Tawau berjaya menumpaskan cubaan menyeludup syabu lebih 1.8 kilogram bernilai RM115,860 yang disembunyikan pada seluar dalam wanita yang diubah suai dan kasut.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Jasmin Hussin berkata, tindakan itu berjaya dibuat selepas membuat tangkapan terhadap dua lelaki warga Indonesia berumur 39 tahun yang ingin berlepas ke Indonesia kira-kira pukul 9.45 pagi, pada Jumaat.

“Suspek pertama dikesan mencurigakan telah dibawa ke pejabat ‘Traffic Control Officer’ (TCO) dan pemeriksaan lanjut menemui lima bungkusan plastik lut sinar iaitu satu di hadapan serta empat di bahagian punggung seluar dalam wanita yang telah diubah suai dan dilapisi bengkung berwarna hitam yang digunakan lelaki terbabit.

“Jumlah anggaran berat kasar syabu adalah 1,542.43 gram,” katanya dalam sidang medianya di Ibu Pejabat Polis (IPD) Tawau di sini pada Isnin.

Beliau berkata, soal siasat lanjut terhadap suspek itu kemudian membawa kepada penahanan seorang lagi rakan sejenayah yang sedang menunggu di Balai Berlepas Terminal Feri tersebut.

“Pemeriksaan tubuh badan yang dijalankan ke atas suspek kedua itu menemui enam plastik lut sinar berisi syabu seberat 269.61 gram berlainan saiz iaitu dua bungkus dan empat bungkus masing-masing disembunyikan di dalam seluar dalam warna gelap dan kasut berwarna hijau yang dipakai tersebut.

“Ujian saringan air kencing juga mendapati kedua-dua suspek positif dadah jenis metaphetamine dan amphetamine,” katanya.

Katanya, mereka kini ditahan reman untuk siasatan di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

“Pihak polis kini giat mengesan rangkaian pengedaran dadah ini untuk siasatan lanjut kerana memiliki, mengedar atau menyalahgunakan dadah adalah satu kesalahan di sisi undang-undang,” tegasnya.

Related Posts

Sabah perkukuh sekuriti makanan dan infrastruktur, tangani impak ekonomi global

KOTA KINABALU – Sabah mengambil langkah strategik bagi memastikan kestabilan ekonomi jangka panjang dengan memberi tumpuan kepada sekuriti makanan, infrastruktur logistik, dan penstabilan harga, susulan ketidaktentuan pasaran tenaga global. Ketua…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Dapat sokongan penuh, Sibu bakal diangkat hab sukan air antarabangsa

SIBU – Penganjuran Sibu International Powerboat Race (SIPR) kini diletakkan sebagai agenda utama dalam usaha memartabatkan bandar ini sebagai destinasi pelancongan sukan air bertaraf antarabangsa. Langkah itu selari dengan potensi besar…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Sabah perkukuh sekuriti makanan dan infrastruktur, tangani impak ekonomi global

Sabah perkukuh sekuriti makanan dan infrastruktur, tangani impak ekonomi global

Suspek serang majlis dihadiri Trump disifatkan sebagai ‘seorang yang sakit’

Suspek serang majlis dihadiri Trump disifatkan sebagai ‘seorang yang sakit’

Krisis bekalan global: Malaysia tumpu ketahanan berdepan risiko bekalan

Krisis bekalan global: Malaysia tumpu ketahanan berdepan risiko bekalan

Malaysia perlu tingkat keupayaan hadapi ketidaktentuan ekonomi global – PM

Malaysia perlu tingkat keupayaan hadapi ketidaktentuan ekonomi global – PM

Dapat sokongan penuh, Sibu bakal diangkat hab sukan air antarabangsa

Dapat sokongan penuh, Sibu bakal diangkat hab sukan air antarabangsa

Najib tarik balik permohonan tahanan rumah

Najib tarik balik permohonan tahanan rumah