Penyeludup lari tinggalkan lembu RM130,000 di tebing Sungai Golok

TANAH MERAH – Dua penyeludup bertindak melarikan diri ke sempadan Thailand selepas menyedari sepasukan anggota tentera mengesan lokasi mereka membawa masuk lembu secara haram ke sempadan Malaysia.

Kira-kira jam 1.15 pagi Ahad, pasukan operasi mengesan dua lelaki sedang membawa masuk lembu melalui laluan haram ke sempadan Malaysia dari sempadan Thailand dengan merentasi Sungai Golok.

Markas Divisyen Kedua Infantri Malaysia (2 Divisyen) melalui kenyataan pada Ahad memaklumkan penyeludup terbabit meninggalkan sebanyak 26 ekor lembu dianggarkan bernilai RM130,000.

“Anggota tentera yang sedang mengawasi penyeludup di lokasi itu kemudian bertindak menyerbu dua lelaki berkenaan.

“Bagaimanapun, kedua-dua mereka terus meninggalkan haiwan yang diseludup dan dilihat melarikan diri ke sempadan Thailand,” kata melalui satu kenyataan pada Isnin.

Kenyataan itu turut memberitahu, satu laporan polis berkaitan rampasan haiwan ternakan telah dibuat di Balai Polis Nibong, Tanah Merah.

“Haiwan rampasan diserahkan kepada Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) Rantau Panjang manakala kes penyeludupan akan disiasat oleh pihak Kastam Diraja Malaysia, Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Bukit Bunga, Tanah Merah.

“TDM akan terus berusaha dan menjamin keselamatan sempadan negara serta tiada kompromi dengan sebarang aktiviti jenayah rentas sempadan,” katanya

Related Posts

Inisiatif PKJ dipertingkat, sokong impian rakyat miliki kediaman sendiri

JOHOR BAHRU – Kerajaan Negeri Johor terus memperkukuh agenda kebajikan rakyat apabila memperluaskan Inisiatif Perumahan Kasih Johor (PKJ) bagi membantu lebih ramai rakyat memiliki kediaman sendiri, selari dengan aspirasi pembangunan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Naikkan ikan keli 9.5kg, pemancing Terengganu raih hadiah RM1 juta

ALOR SETAR – Kolam Titi Mega, Jalan Datuk Kumbar di sini gamat dengan kehadiran kira-kira 15,000 pemancing dari seluruh negara yang merebut hadiah kemenangan bernilai RM1 juta semalam. Difahamkan, pemancing…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Isu dana awam jejaskan persepsi, sistem zakat disahkan ikut prosedur sah

Isu dana awam jejaskan persepsi, sistem zakat disahkan ikut prosedur sah

Bersedia awal hadapi PRN Johor, AMANAH perjelas mesej perjuangan kepada rakyat

Bersedia awal hadapi PRN Johor, AMANAH perjelas mesej perjuangan kepada rakyat

Inisiatif PKJ dipertingkat, sokong impian rakyat miliki kediaman sendiri

Inisiatif PKJ dipertingkat, sokong impian rakyat miliki kediaman sendiri

Naikkan ikan keli 9.5kg, pemancing Terengganu raih hadiah RM1 juta

Naikkan ikan keli 9.5kg, pemancing Terengganu raih hadiah RM1 juta

Chelsea atasi Leeds, bakal bertemu City di final Piala FA

Chelsea atasi Leeds, bakal bertemu City di final Piala FA

SKS Miri labuh tirai, catat kehadiran hampir 24,000 pengunjung

SKS Miri labuh tirai, catat kehadiran hampir 24,000 pengunjung