Malaysia berhak tuntut tindakan berkesan tangani jerebu rentas sempadan – Arthur

PUTRAJAYA – Malaysia akan membangkitkan isu jerebu rentas sempadan di peringkat ASEAN bagi menggesa tindakan lebih berkesan menangani kebakaran hutan dan tanah di Indonesia yang menjejaskan kualiti udara negara.

Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Datuk Seri Arthur Joseph Kurup berkata, Malaysia mengharapkan Indonesia mempercepat usaha memadamkan kebakaran di kawasan terjejas serta mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang bertanggungjawab.

“Pendirian Malaysia jelas. Kita menghormati hubungan baik dengan Indonesia, tetapi kita juga berhak menuntut tindakan yang berkesan apabila pencemaran rentas sempadan menjejaskan rakyat kita.

“Malaysia telah bersedia membantu. Kita mengharapkan Indonesia mempercepat tindakan mengawal kebakaran di puncanya dan mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang bertanggungjawab,” katanya pada sidang media Libat Urus Berhubung Situasi Jerebu, di sini, hari ini.

Beliau berkata, Malaysia akan membawa isu berkenaan ke peringkat ASEAN menerusi mesyuarat Menteri-Menteri Luar ASEAN yang dijadual berlangsung di Manila pada awal November ini.

Katanya, keputusan itu dibuat dalam mesyuarat Jemaah Menteri minggu lalu, dengan Kementerian Luar Negeri (KLN) akan membangkitkan isu berkenaan bagi mengusahakan penyelesaian melalui kerangka serantau.

“Dalam kerangka ASEAN, terdapat dua prinsip yang perlu dihormati, iaitu kedaulatan setiap negara anggota dan keperluan setiap tindakan berpegang kepada prinsip konsensus.

“Bagaimanapun, kita tetap berpegang kepada prinsip bahawa kita berhak menuntut dan memastikan rakyat kita dapat menikmati udara yang bersih,” katanya.

Arthur berkata, Menteri Luar Negeri akan memaklumkan perkembangan hasil mesyuarat berkenaan sebelum kerajaan menentukan tindakan selanjutnya.

Dalam pada itu, beliau berkata, Malaysia turut mengemukakan cadangan Diplomasi Sains dan Dana Jerebu Mampan menerusi mekanisme ASEAN bagi memperkukuh usaha pencegahan, kesiapsiagaan dan pemantauan di peringkat serantau.

Katanya, Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) juga akan terus meneliti mekanisme dasar dan perundangan bagi meningkatkan keupayaan negara menangani pencemaran rentas sempadan.

“Keutamaan kita jelas: kebakaran mesti dikawal, pencemaran mesti dikurangkan dan rakyat mesti dilindungi,” katanya.

Mengulas langkah di dalam negara, Arthur berkata kementeriannya mengamalkan pendekatan tanpa toleransi terhadap perbuatan pembakaran terbuka.

Beliau berkata, Jabatan Alam Sekitar (JAS) mengambil 3,433 tindakan penguatkuasaan susulan 2,361 aduan berkaitan pembakaran terbuka sepanjang tempoh 3 Ogos hingga 16 Oktober 2026.

“Tindakan itu merangkumi pengeluaran 2,361 arahan di lapangan, 201 notis amaran, 39 kompaun serta kes yang dibawa untuk tindakan di mahkamah,” katanya.

Katanya, pemantauan berterusan turut dilaksanakan menerusi 1,408 rondaan darat dan 78 penerbangan dron bagi mengesan serta mencegah aktiviti pembakaran terbuka.

Beliau berkata, kerajaan juga melaksanakan langkah pencegahan di kawasan berisiko tinggi, termasuk tanah gambut, bagi mengurangkan risiko kebakaran.

Setakat Disember 2025, JAS membangunkan infrastruktur pencegahan kebakaran di seluruh negara yang merangkumi 570 sekatan saliran, 107 telaga tiub dan 15 kolam takungan.

“Infrastruktur sokongan teknikal turut diperhebat dengan penyediaan 111 alat pengukur paras air tanah dan enam menara tinjau demi mengekang kebakaran tanah gambut bawah tanah secara tuntas,” katanya.

Related Posts

Malaysia pantau tindakan Indonesia terhadap syarikat disyaki terbabit kebakaran hutan

PUTRAJAYA – Malaysia akan memantau perkembangan tindakan perundangan yang diambil Indonesia terhadap syarikat yang disyaki mempunyai kaitan dengan kebakaran hutan dan tanah di republik itu, namun setakat ini tiada bukti…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sukan bukan sekadar untuk kesihatan, wadah pupuk perpaduan – Hasbi

LIMBANG – Aktiviti sukan bukan sahaja penting untuk meningkatkan tahap kesihatan dan kecergasan fizikal, malah menjadi wadah mengeratkan silaturahim serta memupuk semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat. Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Saberkas mahu pemimpin muda bawa idea segar pacu pembangunan belia

Saberkas mahu pemimpin muda bawa idea segar pacu pembangunan belia

Festival Saga Nusantara satukan warisan Melanau, Jawa di Mukah

Festival Saga Nusantara satukan warisan Melanau, Jawa di Mukah

Kadar tambang ECRL berpatutan, mampu milik

Kadar tambang ECRL berpatutan, mampu milik

Malaysia pantau tindakan Indonesia terhadap syarikat disyaki terbabit kebakaran hutan

Malaysia pantau tindakan Indonesia terhadap syarikat disyaki terbabit kebakaran hutan

Malaysia berhak tuntut tindakan berkesan tangani jerebu rentas sempadan – Arthur

Malaysia berhak tuntut tindakan berkesan tangani jerebu rentas sempadan – Arthur

PRN Sarawak makin hangat, GPS mungkin umum esok

PRN Sarawak makin hangat, GPS mungkin umum esok