Setiap daerah perlu bangunkan produk pelancongan tersendiri – Hajiji

KOTA BELUD – Setiap daerah di Sabah perlu membangunkan produk dan pengalaman pelancongan identiti tersendiri bagi menghadapi Tahun Melawat Sabah 2027, kata Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor.

Katanya, setiap daerah mempunyai keunikan dan kekuatan tersendiri yang boleh diketengahkan sebagai tarikan pelancongan.

“Kota Belud kaya dengan khazanah budaya, tradisi dan keindahan alam semula jadi.

“Daerah itu adalah antara destinasi yang menawarkan pelbagai pengalaman pelancongan termasuk pengembaraan, rekreasi, budaya dan alam semula jadi yang menarik untuk diterokai termasuk di pulau dan sungai,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Tamu Besar Kota Belud 2026, di sini, pada Sabtu.


Tambah Hajiji, Tamu Besar Kota Belud yang berusia 148 tahun merupakan antara acara tahunan penting dalam kalendar pelancongan Sabah dengan keunikan budaya, makanan tempatan, kraftangan dan kehidupan masyarakat setempat yang menjadi tarikan kepada pengunjung.

“Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah (KePKAS) turut mengiktiraf Tamu Besar Kota Belud sebagai antara acara khazanah dan budaya yang mempunyai nilai penting dalam landskap pelancongan negeri.

“Khazanah berkenaan perlu terus dimanfaatkan sebagai produk pelancongan yang mampu memberi nilai tambah kepada ekonomi masyarakat setempat, termasuk pengusaha inap desa, petani, penternak, peniaga kecil, pengusaha makanan dan penggiat kraftangan.

“Tamu Besar Kota Belud bukan sekadar tempat berjual beli atau bertukar barangan, malah menjadi medan pertemuan sosial masyarakat pelbagai kaum dan agama, termasuk Bajau-Samah, Kadazandusun, Murut, Iranun dan Cina,” kongsinya.

Hajiji berkata, Kota Belud mempunyai potensi besar dalam sektor pertanian khususnya tanaman padi, selain perusahaan kecil dan sederhana (IKS), makanan, kraftangan serta pelancongan.

“Daripada 12,000 usahawan di Sabah yang menerima pelbagai bentuk bantuan dan geran IKS, seramai 1,800 orang adalah dari Kota Belud.

“Ini menunjukkan besarnya potensi dan keupayaan usahawan daerah ini yang perlu terus kita sokong dan perkasa,” ujarnya.

Menurut Hajiji, kerajaan negeri terus memberi perhatian kepada pembangunan infrastruktur asas dan kemudahan bagi menyokong pertumbuhan ekonomi Kota Belud, selaras dengan pelaksanaan Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK-13) dan Pelan Pembangunan Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) 2.0.

“Antara projek yang diberi perhatian ialah Lebuhraya Pan Borneo laluan Kota Belud-Wariu yang kini hampir siap, selain penyediaan kemudahan Digital Economy Centre di Wisma Majlis Daerah.

“Pembangunan berkenaan diharap dapat meningkatkan jaringan perhubungan, menyokong kegiatan ekonomi menerusi kemudahan digital dan membuka peluang baharu kepada masyarakat untuk meningkatkan pendapatan,” jelasnya.

Related Posts

BABSAR 2026 platform gilap bakat seni belia Sabah – Mustapha

KOTA KINABALU – Program Pencarian Bakat Belia MADANI Sabah (BABSAR) 2026 menjadi platform penting untuk mencungkil dan menggilap bakat seni generasi muda di Borneo. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah…

Lebih lanjut

teruskan membaca
TBS Daro santuni lima keluarga asnaf menerusi Program Baitulmal Sinergi

DARO – Tabung Baitulmal Sarawak (TBS) Cawangan Daro menyantuni lima keluarga asnaf menerusi Program Baitulmal Sinergi 2026 dengan kerjasama 16 institusi bagi memperkukuh kebajikan golongan memerlukan di daerah ini. Program…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

BABSAR 2026 platform gilap bakat seni belia Sabah – Mustapha

BABSAR 2026 platform gilap bakat seni belia Sabah – Mustapha

Pendang, Kuala Krai catat kes dadah tertinggi negara

Pendang, Kuala Krai catat kes dadah tertinggi negara

Sukan bukan sekadar untuk kesihatan, wadah pupuk perpaduan – Hasbi

Sukan bukan sekadar untuk kesihatan, wadah pupuk perpaduan – Hasbi

TBS Daro santuni lima keluarga asnaf menerusi Program Baitulmal Sinergi

TBS Daro santuni lima keluarga asnaf menerusi Program Baitulmal Sinergi

Setiap daerah perlu bangunkan produk pelancongan tersendiri – Hajiji

Setiap daerah perlu bangunkan produk pelancongan tersendiri – Hajiji

Semangat ‘berderau’ angkat nilai kerjasama komuniti FELDA Jengka 24

Semangat ‘berderau’ angkat nilai kerjasama komuniti FELDA Jengka 24