Teknologi AI mampu perkasa pembangunan bakat muda bola sepak Sabah – Masidi

KOTA KINABALU – Penggunaan teknologi kecerdasan buatan (AI) dan peralatan pemantauan prestasi mampu meningkatkan keberkesanan latihan serta pembangunan bakat muda bola sepak Sabah.

Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun berkata, teknologi moden membolehkan jurulatih menilai prestasi pemain dengan lebih tepat, mengenal pasti kelemahan dan merancang latihan yang lebih berkesan.

“Penerapan sains sukan bersama teknologi moden dapat membantu pemain memahami perkembangan prestasi masing-masing, sekali gus meningkatkan kualiti latihan dan keupayaan mereka untuk bersaing pada tahap lebih tinggi.

“Kemajuan teknologi sukan perlu turut dimanfaatkan pemain di peringkat akar umbi, termasuk di kawasan luar bandar, bagi memastikan lebih ramai bakat muda mendapat akses kepada latihan dan bimbingan berkualiti.” katanya dalam kenyataan media, di sini, pada Rabu.

Menurutnya, pengetahuan dan kemahiran jurulatih juga perlu dipertingkatkan supaya penggunaan teknologi dapat diterjemahkan kepada kaedah latihan yang lebih berkesan.

“Saya menegaskan kepentingan kerjasama antara kerajaan, institusi pendidikan, persatuan sukan dan komuniti bagi memastikan pembangunan teknologi sukan memberi manfaat berterusan kepada pemain muda Sabah.

“Saya berharap penggunaan teknologi dan pendekatan latihan berasaskan sains dapat membantu anak muda mengembangkan potensi masing-masing serta menyumbang kepada kemajuan bola sepak negeri,” jelasnya.

Related Posts

Big Sabah Car Show 2026 berpotensi jadi tarikan utama pelancongan Sabah

KOTA KINABALU – Penganjuran The Big Sabah Car Show 2026 berpotensi menjadi antara acara pelancongan utama Sabah menjelang Tahun Melawat Sabah 2027 (Visit Sabah 2027), sekali gus merancakkan ekonomi tempatan.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Penduduk rayu campur tangan Sultan Pahang isu tanah Chemomoi

BENTONG – Seramai 300 pengusaha ladang kelapa sawit di kawasan Hutan Simpan Kemasul Tambahan 2, berhampiran FELDA Chemomoi, di sini, merayu campur tangan Sultan Pahang, Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Big Sabah Car Show 2026 berpotensi jadi tarikan utama pelancongan Sabah

Big Sabah Car Show 2026 berpotensi jadi tarikan utama pelancongan  Sabah

Penduduk rayu campur tangan Sultan Pahang isu tanah Chemomoi

Penduduk rayu campur tangan Sultan Pahang isu tanah Chemomoi

Teknologi AI mampu perkasa pembangunan bakat muda bola sepak Sabah – Masidi

  • By Ithma
  • October 14, 2026
Teknologi AI mampu perkasa pembangunan bakat muda bola sepak Sabah – Masidi

Raja-Raja Melayu tegaskan pertikaian takhta Negeri Sembilan bukan bahan politik

Raja-Raja Melayu tegaskan pertikaian takhta Negeri Sembilan bukan bahan politik

Tuanku Muhriz zahirkan Azrin Khairi Undang Luak Jelebu ke-17

Tuanku Muhriz zahirkan Azrin Khairi Undang Luak Jelebu ke-17

Polis siasat insiden pelancong Itali dibaling batu

Polis siasat insiden pelancong Itali dibaling batu