Belanjawan 2027 cerminan komitmen kerajaan memperkasa ekonomi rakyat

PUTRAJAYA – Pembentangan Belanjawan 2027 mempamerkan usaha Kerajaan MADANI dalam mengurangkan beban kos sara hidup menerusi tiga pendekatan, iaitu meningkatkan bantuan tunai, mengurangkan perbelanjaan harian dan melaksanakan langkah percukaian lebih baik.

Felo Penyelidik dan Ketua Jaminan Kualiti di Institut Kajian Malaysia dan Antarabangsa (IKMAS), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr Muhamad Azwan Abd Rahman berkata, peruntukan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) ditingkatkan kepada RM16 bilion dilihat membantu rakyat menghadapi peningkatan perbelanjaan isi rumah.

Pada masa sama,  menurut beliau, Jualan Rahmah dan perlindungan bil elektrik menjadi antara langkah kerajaan untuk mengurangkan perbelanjaan harian, manakala pelarasan percukaian bertujuan memberikan kelegaan kepada pembayar cukai.

“Langkah percukaian melibatkan kenaikan had pelepasan cukai individu kepada RM12,000, penurunan kadar cukai sebanyak satu mata peratusan serta kadar 30 peratus bagi pendapatan melebihi RM1 juta juga boleh membantu mengurangkan tekanan kewangan.

“Namun, bantuan sahaja tidak menjamin harga barang menjadi lebih rendah dalam jangka panjang.  Keberkesanannya turut bergantung pada ketepatan data, cara bantuan disalurkan dan kemudahan sosial yang tersedia,” katanya menerusi kenyataan, pada Selasa.

Berdasarkan semangat Waad yang ditekankan dalam Belanjawan 2027, Muhamad Azwan berpandangan pembentangan Rang Undang-Undang Perbekalan itu boleh dilihat sebagai usaha memastikan pembangunan ekonomi turut mengutamakan kesejahteraan masyarakat.

Bagaimanapun, beliau berpendapat, penyematan semula sosial dalam pasaran bermaksud kegiatan ekonomi perlu mengambil kira keperluan manusia, bukan sekadar mengejar keuntungan mahupun pertumbuhan.

“Janji ini perlu dinilai melalui kehidupan harian rakyat, sama ada di rumah Program Residensi Rakyat (PRR), di bangsal penoreh getah atau di gerai kecil tepi jalan. Adakah kehidupan mereka semakin baik? Adakah anak-anak mempunyai peluang untuk menikmati kehidupan yang lebih baik daripada ibu bapa mereka?

“Atau masih ramai yang terbeban dengan kos sara hidup dan ketidaktentuan ekonomi dunia? Kerajaan perlu mengimbangi usaha membantu rakyat dengan keperluan memastikan kewangan negara kekal mampan pada masa hadapan,” katanya.

Dalam pada itu, Muhamad Azwan berkata, cabaran besar adalah memastikan pekerja tidak formal dan golongan M40 yang mengalami kesempitan hidup tidak tercicir daripada bantuan, selari dengan gagasan Karl Polanyi dalam The Great Transformation (1944), yang menjelaskan ekonomi berkait rapat dengan kehidupan sosial, budaya serta nilai masyarakat.

“Bantuan kewangan juga perlu disertai usaha meningkatkan pendapatan. Pampasan pekerja yang hanya merangkumi 33.9 peratus daripada keluaran dalam negara kasar (KDNK) menunjukkan pentingnya perhatian terhadap bahagian hasil ekonomi yang diterima oleh pekerja.

“Isu pendapatan turut mempengaruhi keyakinan terhadap pendidikan. Apabila graduan menerima gaji yang hampir sama dengan pekerja tidak mahir, kepercayaan pendidikan mampu meningkatkan taraf hidup boleh terhakis.

“Keadaan ini mendorong sebahagian anak muda mencari peluang di bandar atau luar negara. Oleh itu, keberkesanan dasar perlu dinilai berdasarkan peluang pekerjaan dan peningkatan pendapatan yang benar-benar dirasai,” katanya.

Oleh itu, tambahnya  Waad sebagai janji antara kerajaan dengan rakyat hanya bermakna apabila masyarakat bukan sekadar menerima bantuan tetapi turut diberi ruang untuk menyuarakan keperluan dan mempengaruhi keputusan.

“Peranan mereka perlu dihargai melalui penglibatan dalam merancang, memantau dan menilai pelaksanaan dasar. Kerajaan pula perlu memastikan sistem ekonomi dan kemudahan yang disediakan benar-benar memenuhi keperluan masyarakat,” katanya.

Related Posts

Cadangan undang-undang anti-Ali Baba dibawa ke Parlimen tahun depan

KUALA LUMPUR – Kerajaan bercadang membentangkan cadangan penggubalan undang-undang baharu atau pindaan peruntukan sedia ada bagi membendung amalan rent-seeking atau Ali Baba di Parlimen tahun depan. Menteri Ekonomi, Akmal Nasrullah…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Dakwa Belanjawan 2027 ‘gula-gula politik’, mana alternatif pembangkang?

PUTRAJAYA – Melabelkan peningkatan bantuan menerusi Belanjawan 2027 sebagai gula-gula politik tanpa menunjukkan bukti dan alternatif yang lebih berkesan mempamerkan drama politik tidak matang pembangkang dalam melaksanakan semak dan imbang.…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Big Sabah Car Show 2026 berpotensi jadi tarikan utama pelancongan Sabah

Big Sabah Car Show 2026 berpotensi jadi tarikan utama pelancongan  Sabah

Penduduk rayu campur tangan Sultan Pahang isu tanah Chemomoi

Penduduk rayu campur tangan Sultan Pahang isu tanah Chemomoi

Teknologi AI mampu perkasa pembangunan bakat muda bola sepak Sabah – Masidi

  • By Ithma
  • October 14, 2026
Teknologi AI mampu perkasa pembangunan bakat muda bola sepak Sabah – Masidi

Raja-Raja Melayu tegaskan pertikaian takhta Negeri Sembilan bukan bahan politik

Raja-Raja Melayu tegaskan pertikaian takhta Negeri Sembilan bukan bahan politik

Tuanku Muhriz zahirkan Azrin Khairi Undang Luak Jelebu ke-17

Tuanku Muhriz zahirkan Azrin Khairi Undang Luak Jelebu ke-17

Polis siasat insiden pelancong Itali dibaling batu

Polis siasat insiden pelancong Itali dibaling batu