Individu hina Islam dan al-Quran di media sosial telah dikesan polis, MCMC

TANGGA BATU – Pihak berkuasa sedang mengesan seorang individu yang dipercayai menghina agama Islam menerusi hantaran media sosial berkaitan penggunaan satu perkataan ketika pembentangan Belanjawan 2027 oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam.

Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil berkata, individu berkenaan akan dirakam percakapannya bagi membantu siasatan selepas berjaya dikesan memuat naik hantaran berunsur penghinaan terhadap agama Islam dan al-Quran di media sosial, pada Jumaat.

Menurutnya, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) menerima beberapa laporan polis yang telah dibuat berhubung perkara itu, termasuk sekurang-kurangnya satu laporan yang dimaklumkan kepadanya.

“Kita telah kenal pasti seorang individu membuat penghinaan terhadap agama Islam semalam yang telah memperlekeh penggunaan perkataan lighad yang merujuk kepada hari kemudian ataupun akhirat, yang telah digunakan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri sewaktu pembentangan.

“Pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan MCMC sedang mengesan individu tersebut dan beliau akan dirakam percakapan. Sekiranya pihak pendakwa raya merasakan wajar untuk dihadapkan ke mahkamah, maka itulah adalah langkah yang seterusnya yang akan diambil,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas merasmikan Program MADANI Kita (PMK) Paya Rumput@Tangga Batu di Krubong, pada Sabtu.

Dalam pada itu, beliau mengingatkan orang ramai supaya tidak menyebarkan semula hantaran berunsur 3R, iaitu agama, kaum dan institusi diraja, di media sosial.

Sebaliknya, katanya, orang ramai perlu segera melaporkan kandungan sedemikian kepada pihak berkuasa untuk tindakan lanjut.

“Saya ingin bagi peringatan supaya sekiranya kita ada membaca, menerima hantaran ataupun posting dalam mana-mana media sosial yang bersifat 3R, segera lapor kepada pihak berkuasa.

“Jangan bantu untuk sebarkan, jangan kongsi semula dan jangan menambah jumlah tontonan. Terus buat laporan polis atau aduan kepada MCMC,” katanya.

Related Posts

Ibu bapa lega BAP naik kepada RM200, ringankan kos belanja persekolahan

TANGGA BATU – Perbelanjaan persekolahan yang boleh mencecah ratusan ringgit bagi setiap anak menjadikan kenaikan Bantuan Awal Persekolahan (BAP) kepada RM200 antara inisiatif yang mampu membantu ibu bapa membuat persiapan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kerajaan perkenal potongan cukai khas untuk penyumbang Food Bank mulai 2027

KOTA KINABALU – Kerajaan bersetuju memperkenalkan potongan cukai khas kepada pihak yang menyumbang makanan dan peralatan bagi menyokong pelaksanaan Inisiatif Ihsan Food Bank (i-FB), berkuat kuasa mulai 1 Januari 2027…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Ibu bapa lega BAP naik kepada RM200, ringankan kos belanja persekolahan

Ibu bapa lega BAP naik kepada RM200, ringankan kos belanja persekolahan

Kerajaan perkenal potongan cukai khas untuk penyumbang Food Bank mulai 2027

  • By Ezmie
  • October 10, 2026
Kerajaan perkenal potongan cukai khas untuk penyumbang Food Bank mulai 2027

PMK jadi medan rakyat kenali manfaat Belanjawan 2027

PMK jadi medan rakyat kenali manfaat Belanjawan 2027

Internet kampung Orang Asli, pedalaman diperkasa menerusi JENDELA 2

Internet kampung Orang Asli, pedalaman diperkasa menerusi JENDELA 2

Lelaki ancam tikam ibu kandung dipenjara 16 bulan

Lelaki ancam tikam ibu kandung dipenjara 16 bulan

Kerajaan perketat kawal selia e-dagang, elak penghantaran barang terlarang

Kerajaan perketat kawal selia e-dagang, elak penghantaran barang terlarang