Projek air bersih, tebatan banjir mampu ubah kehidupan rakyat Kelantan

PELBAGAI projek pembangunan yang diumumkan menerusi Belanjawan 2027 berpotensi membawa perubahan kepada kehidupan rakyat Kelantan, khususnya dalam menangani isu bekalan air bersih, banjir dan kemudahan pengangkutan awam.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Lama, Dr Hafidzah Mustakim berkata, projek yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim itu mampu menjadi pemangkin kepada pembangunan negeri berkenaan.

“Semua ini menyentuh permasalahan asas kehidupan rakyat Kelantan yang telah sekian lama berdepan dengan isu bekalan air bersih, banjir, infrastruktur jalan dan pengangkutan awam,” katanya menerusi Facebook pada Sabtu.

Beliau yang juga Naib Ketua Wanita Amanah Nasional turut merakamkan penghargaan kepada Perdana Menteri atas komitmen Kerajaan MADANI terhadap pembangunan Kelantan menerusi Belanjawan 2027.

“Sebagai wakil rakyat, khusus bagi rakyat Kelantan dan Kota Lama, saya juga berharap peruntukan pembangunan dapat diterjemahkan kepada penyelesaian isu asas rakyat termasuk bekalan air bersih, kemudahan awam, perumahan dan peluang ekonomi untuk peniaga kecil.

“Harapan kita, segala perancangan ini dapat diterjemahkan kepada pelaksanaan yang berkesan agar rakyat Kelantan akhirnya dapat menikmati perubahan yang telah lama dinantikan.

“Kelantan berhak menikmati pembangunan yang adil, seimbang dan tidak lagi ketinggalan,” katanya.

Semalam Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan projek air bersih di Kelantan diutamakan dengan pembinaan Loji Rawatan Air Machang serta penggantian paip uzur. Selain itu, masalah banjir juga mendapat perhatian kerajaan persekutuan.

Lebih menggembirakan, pengumuman pembangunan stesen bas di Stesen ECRL Kota Bharu dan penambahbaikan jaringan pengangkutan awam turut dilihat sebagai langkah penting dalam meningkatkan kemudahan untuk penduduk.

Related Posts

Belanjawan 2027: Pujian buat Kerajaan Persekutuan, harap komitmen jadi realiti

TAWAU – Pertambahan peruntukan pembangunan untuk Sabah menerusi Belanjawan 2027 disambut baik dengan harapan komitmen kerajaan dapat diterjemahkan kepada pelaksanaan projek yang memberi manfaat langsung kepada rakyat. Ahli Parlimen Kalabakan,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
PH Pahang turun padang salur maklumat tepat Belanjawan 2027

KUANTAN – Pakatan Harapan (PH) Pahang sedia memastikan manfaat Belanjawan 2027 dinikmati seluruh lapisan masyarakat khususnya golongan yang berdepan tekanan kos sara hidup. Pengerusi PH Pahang, Datuk Ahmad Farhan Fauzi…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Belanjawan 2027: Pujian buat Kerajaan Persekutuan, harap komitmen jadi realiti

  • By Ezmie
  • October 10, 2026
Belanjawan 2027: Pujian buat Kerajaan Persekutuan, harap komitmen jadi realiti

PH Pahang turun padang salur maklumat tepat Belanjawan 2027

PH Pahang turun padang salur maklumat tepat Belanjawan 2027

PeSAWAH sambut baik Belanjawan 2027 tapi bimbang bayaran IPP lewat

PeSAWAH sambut baik Belanjawan 2027 tapi bimbang bayaran IPP lewat

Anggota polis maut, dua cedera parah ketika pulang dari tugas rasmi

  • By Fandi
  • October 10, 2026
Anggota polis maut, dua cedera parah ketika pulang dari tugas rasmi

LKIM salur bantuan RM461,500, perkasa kebajikan nelayan Gerigat