ECRL dijangka beroperasi Disember

PUTRAJAYA – Laluan Fasa 1 Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) dari Kota Bharu ke Terminal Bersepadu Gombak dijangka mula beroperasi pada Disember ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Malaysia dan China turut mencapai persetujuan untuk menyambung laluan ECRL ke Rantau Panjang bagi memperluas rangkaian perkhidmatan rel berkenaan.

Katanya, bagi meningkatkan kemudahan penumpang, sebuah stesen bas akan dibina di stesen ECRL Kota Bharu untuk kemudahan rakyat Kelantan.

“Kerajaan turut memperuntukkan RM270 juta bagi meningkatkan perkhidmatan bas henti-henti di bandar utama, termasuk menghubungkan 15 stesen di Pantai Timur menjelang pengoperasian ECRL,” katanya ketika membentangkan Belanjawan 2027 di Dewan Rakyat, hari ini.

Dalam perkembangan berkaitan, Anwar berkata, kerajaan bersama Malaysia Airports Holdings Berhad menyediakan RM1.1 bilion bagi menaik taraf jalan di kawasan pelabuhan dan lapangan terbang.

Katanya, kemudahan yang terlibat termasuk lapangan terbang di Kota Kinabalu, Miri, Tawau, Sandakan dan Pulau Pinang, selain STOLport Long Banga serta Ba’Kelalan di Sarawak.

Related Posts

20,000 peluang kerja Terengganu: Angka besar, ukuran kejayaan masih kabur

DAKWAAN kerajaan negeri Terengganu berjaya menyediakan 20,000 peluang pekerjaan dalam satu penggal membawa mesej pencapaian yang besar. Namun, tanpa perincian tentang jenis pekerjaan dan jumlah pekerja yang benar-benar ditempatkan, angka…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kenaikan SARA bukan gula-gula pilihan raya, bukti kerajaan dengar keluhan rakyat

TANGGA BATU – Kenaikan bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) tidak seharusnya disifatkan gula-gula politik menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, namun dilihat sebagai usaha kerajaan mendengar keluhan rakyat berhubung peningkatan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

UNIMAP sedia bekal tenaga mahir TVET bagi pembangunan Lembah Chuping

UNIMAP sedia bekal tenaga mahir TVET bagi pembangunan Lembah Chuping

Hari Sukan Negara platform pupuk perpaduan, gaya hidup sihat

  • By Fandi
  • October 10, 2026
Hari Sukan Negara platform pupuk perpaduan, gaya hidup sihat

CSP, LPPKN jalin kerjasama sempena Bulan Kesedaran Kanser Payudara

CSP, LPPKN jalin kerjasama sempena Bulan Kesedaran Kanser Payudara

Kurangkan stigma, beri sokongan pada individu alami masalah kesihatan mental – Suryady

  • By Fatin
  • October 10, 2026
Kurangkan stigma, beri sokongan pada individu alami masalah kesihatan mental – Suryady

20,000 peluang kerja Terengganu: Angka besar, ukuran kejayaan masih kabur

20,000 peluang kerja Terengganu: Angka besar, ukuran kejayaan masih kabur

Sabah peruntuk RM90 juta bagi bantuan sekolah Cina, badan keagamaan bukan Islam

  • By Fandi
  • October 10, 2026
Sabah peruntuk RM90 juta bagi bantuan sekolah Cina, badan keagamaan bukan Islam