RADDA perkemas pelaksanaan projek, fokus selesaikan isu pemilikan tapak

SARIKEI – Penyelesaian urusan status pemilikan tapak dan kelulusan teknikal kini menjadi tumpuan utama Agensi Pembangunan Delta Rajang (RADDA) bagi memastikan setiap projek pembangunan yang diluluskan dapat dilaksanakan mengikut jadual.

Pengerusinya yang juga Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar Sarawak, Datuk Len Talif Salleh berkata, isu berkaitan tapak perlu diselesaikan di peringkat awal sebelum sebarang pelaksanaan fizikal digerakkan.

“Bagi projek yang masih belum dimulakan sepenuhnya, ada antaranya memerlukan proses berkaitan tapak dan kelulusan teknikal diselesaikan terlebih dahulu.

“Ini penting supaya pelaksanaan projek dapat berjalan dengan teratur, sekali gus mengelakkan sebarang masalah berbangkit apabila kerja-kerja pembinaan bermula kelak,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyempurnakan Majlis Penyerahan Cek Pampasan Tanah bagi Projek Membina Jalan Spur dari Sare ke Jalan Sentebu/Bukit Kinyau, berserta penyerahan Cek Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) Bahagian Sarikei di tapak permulaan laluan berkenaan, pada Rabu.

Mengulas lanjut, Len Talif memaklumkan bahawa sebanyak 90 projek yang diluluskan di bawah RADDA kini menunjukkan perkembangan yang memuaskan dan rata-ratanya dilaksanakan mengikut jadual perancangan.

Menurut beliau, antara kawasan yang merekodkan kemajuan pelaksanaan projek yang ketara termasuklah kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Dalat, Kuala Rajang, Meradong dan Repok.

“Pihak RADDA sentiasa memantau perkembangan setiap projek secara teliti bagi mengenal pasti sebarang kekangan yang boleh menjejaskan kelancaran pelaksanaannya.

“Sekiranya terdapat isu yang memerlukan tindakan lanjut, kita akan segera berusaha menyelesaikannya supaya projek terbabit dapat diteruskan tanpa halangan,” tegasnya.

Secara keseluruhan, beliau menyuarakan rasa berpuas hati dengan tahap kemajuan portfolio projek RADDA ketika ini, termasuklah inisiatif infrastruktur yang masih berada dalam fasa perancangan awal.

Foto: Facebook YB Len Talif Salleh

Related Posts

Belanjawan 2027: Bekalan air konsisten penting, sokong pembangunan ekonomi Sabah – Kartini

SANDAKAN – Bekalan air yang konsisten dan boleh dipercayai penting bagi menyokong pembangunan ekonomi serta peningkatan taraf hidup rakyat di Sabah dan perlu diberi perhatian dalam Belanjawan 2027. Ketua Cabang…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pahang sedia 60 peranti al-Quran Braille untuk OKU penglihatan

KUANTAN – Kerajaan Pahang menyediakan 60 peranti al-Quran e-Braille bernilai RM600,000 bagi memperkasa pembelajaran al-Quran dalam kalangan golongan orang kurang upaya (OKU) penglihatan di negeri ini. Exco Kebajikan Masyarakat, Pembangunan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Belanjawan 2027: Bekalan air konsisten penting, sokong pembangunan ekonomi Sabah – Kartini

  • By Ezmie
  • October 8, 2026
Belanjawan 2027: Bekalan air konsisten penting, sokong pembangunan ekonomi Sabah – Kartini

Pahang sedia 60 peranti al-Quran Braille untuk OKU penglihatan

Pahang sedia 60 peranti al-Quran Braille untuk OKU penglihatan

Tular video merusuh guna senjata, polis tahan 14 remaja lelaki

  • By Fatin
  • October 8, 2026
Tular video merusuh guna senjata, polis tahan 14 remaja lelaki

KPM tutup institusi pendidikan di kawasan IPU tinggi, PdPR bermula Jumaat

KPM tutup institusi pendidikan di kawasan IPU tinggi, PdPR bermula Jumaat

MCMC terima aduan kandungan seksual AI babit pelajar, guru

MCMC terima aduan kandungan seksual AI babit pelajar, guru

Pulau Pinang kembali jerebu cecah IPU 155

Pulau Pinang kembali jerebu cecah IPU 155