RADDA perkemas pelaksanaan projek, fokus selesaikan isu pemilikan tapak

SARIKEI – Penyelesaian urusan status pemilikan tapak dan kelulusan teknikal kini menjadi tumpuan utama Agensi Pembangunan Delta Rajang (RADDA) bagi memastikan setiap projek pembangunan yang diluluskan dapat dilaksanakan mengikut jadual.

Pengerusinya yang juga Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar Sarawak, Datuk Len Talif Salleh berkata, isu berkaitan tapak perlu diselesaikan di peringkat awal sebelum sebarang pelaksanaan fizikal digerakkan.

“Bagi projek yang masih belum dimulakan sepenuhnya, ada antaranya memerlukan proses berkaitan tapak dan kelulusan teknikal diselesaikan terlebih dahulu.

“Ini penting supaya pelaksanaan projek dapat berjalan dengan teratur, sekali gus mengelakkan sebarang masalah berbangkit apabila kerja-kerja pembinaan bermula kelak,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyempurnakan Majlis Penyerahan Cek Pampasan Tanah bagi Projek Membina Jalan Spur dari Sare ke Jalan Sentebu/Bukit Kinyau, berserta penyerahan Cek Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) Bahagian Sarikei di tapak permulaan laluan berkenaan, pada Rabu.

Mengulas lanjut, Len Talif memaklumkan bahawa sebanyak 90 projek yang diluluskan di bawah RADDA kini menunjukkan perkembangan yang memuaskan dan rata-ratanya dilaksanakan mengikut jadual perancangan.

Menurut beliau, antara kawasan yang merekodkan kemajuan pelaksanaan projek yang ketara termasuklah kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Dalat, Kuala Rajang, Meradong dan Repok.

“Pihak RADDA sentiasa memantau perkembangan setiap projek secara teliti bagi mengenal pasti sebarang kekangan yang boleh menjejaskan kelancaran pelaksanaannya.

“Sekiranya terdapat isu yang memerlukan tindakan lanjut, kita akan segera berusaha menyelesaikannya supaya projek terbabit dapat diteruskan tanpa halangan,” tegasnya.

Secara keseluruhan, beliau menyuarakan rasa berpuas hati dengan tahap kemajuan portfolio projek RADDA ketika ini, termasuklah inisiatif infrastruktur yang masih berada dalam fasa perancangan awal.

Foto: Facebook YB Len Talif Salleh

Related Posts

Tular video merusuh guna senjata, polis tahan 14 remaja lelaki

TAWAU – Polis menahan 14 individu bagi membantu siasatan kes pergaduhan membabitkan sekumpulan pelajar dipercayai menggunakan senjata yang tular di Taman Permainan Taman Ambar, Jalan Kuhara, di sini, Selasa lepas.…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Pulau Pinang kembali jerebu cecah IPU 155

GEORGE TOWN – Pulau Pinang kembali dilanda jerebu apabila tiga daripada empat stesen pemantauan kualiti udara merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat, pagi ini. Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tular video merusuh guna senjata, polis tahan 14 remaja lelaki

  • By Fatin
  • October 8, 2026
Tular video merusuh guna senjata, polis tahan 14 remaja lelaki

KPM tutup institusi pendidikan di kawasan IPU tinggi, PdPR bermula Jumaat

KPM tutup institusi pendidikan di kawasan IPU tinggi, PdPR bermula Jumaat

MCMC terima aduan kandungan seksual AI babit pelajar, guru

MCMC terima aduan kandungan seksual AI babit pelajar, guru

Pulau Pinang kembali jerebu cecah IPU 155

Pulau Pinang kembali jerebu cecah IPU 155

Bot pancing putus hubungan akibat jerebu

Bot pancing putus hubungan akibat jerebu

Prabowo setuju ambil langkah perlu tangani jerebu – PM

Prabowo setuju ambil langkah perlu tangani jerebu – PM