Kabinet akan teliti pandangan akademik mengenai RMK13 – Fahmi

KUALA LUMPUR – Kritikan membina dan pandangan ahli akademik mengenai pelaksanaan Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) akan dibawa terus kepada Jemaah Menteri untuk diteliti, kata Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil.

Beliau yang juga Jurucakap Kerajaan MADANI berkata, pandangan daripada golongan akademik penting sebagai input kepada kerajaan dalam menilai keberkesanan pelaksanaan rancangan pembangunan negara.

Katanya, pandangan berkenaan tidak seharusnya hanya dilihat dari sudut Kementerian Ekonomi, sebaliknya turut diberi perhatian oleh kementerian lain yang terbabit dalam pelaksanaan RMK13.

“Saya berpandangan semua input, saranan, pandangan dan kritikan membina daripada rakan-rakan akademik ini penting untuk diteliti bukan hanya oleh Kementerian Ekonomi, malah setiap kementerian.

“Saya mengalu-alukan usaha pihak INPUMA (Institut Polisi Awam dan Pengurusan Universiti Malaya) menyediakan laporan dan saya boleh panjangkan kepada Jemaah Menteri kelak,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan Persidangan Wacana Awam Rancangan Malaysia Ke-13: Hala Tuju dan Cabaran anjuran INPUMA di sini, hari ini.

Fahmi berkata, pelaksanaan RMK13 juga perlu disertai tadbir urus yang baik bagi memastikan peruntukan kerajaan digunakan sepenuhnya untuk kepentingan rakyat.

Katanya, projek di bawah rancangan itu perlu dilaksanakan tanpa salah guna, rasuah atau amalan kleptokrasi kerana peruntukan yang digunakan adalah wang rakyat.

Dalam perkembangan berkaitan, Fahmi berharap Kementerian Kewangan mempertimbangkan cadangan Kementerian Komunikasi untuk memberi tumpuan lebih besar kepada pembangunan ekonomi jingga atau ekonomi kreatif dalam Belanjawan 2027 yang akan dibentangkan Jumaat ini.

Katanya, penubuhan Majlis Ekonomi Jingga menunjukkan komitmen kerajaan untuk meneliti potensi sektor kreatif yang merangkumi filem, animasi, muzik, seni dan budaya.

“Bagi pihak Kementerian Komunikasi, ada beberapa perkara yang kita ketengahkan dan kita berharap dapat diberi pertimbangan oleh Kementerian Kewangan,” katanya.

Persidangan Wacana Awam RMK13: Hala Tuju dan Cabaran anjuran INPUMA bertujuan mendapatkan perspektif pelbagai pihak berkepentingan mengenai isu ekonomi dan sosial semasa serta mengenal pasti kebimbangan dan keperluan yang perlu diberi perhatian dalam pelaksanaan RMK13.

Related Posts

Najib sudah dimaklumkan SOP pelaksanaan tahanan rumah

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah dimaklumkan mengenai prosedur operasi standard (SOP) berkaitan pelaksanaan tahanan rumah. Ketua Pengarah Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU), Jabatan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
MyEG perlu bayar tunggakan RM314 juta sebelum operasi disambung

KUALA LUMPUR – MyEG Services Bhd (MyEG) perlu melunaskan sepenuhnya tunggakan bayaran kepada kerajaan sebelum sebarang permohonan untuk menyambung semula operasinya boleh dipertimbangkan, kata Menteri Pengangkutan, Anthony Loke. Beliau berkata,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Najib sudah dimaklumkan SOP pelaksanaan tahanan rumah

Najib sudah dimaklumkan SOP pelaksanaan tahanan rumah

MyEG perlu bayar tunggakan RM314 juta sebelum operasi disambung

MyEG perlu bayar tunggakan RM314 juta sebelum operasi disambung

Pembubaran DUN Sarawak mungkin selepas Sidang Belanjawan Negeri – Abdul Karim

Pembubaran DUN Sarawak mungkin selepas Sidang Belanjawan Negeri – Abdul Karim

Dua pasar tumpuan awam di Sibu kini dilengkapi kemudahan AED

Dua pasar tumpuan awam di Sibu kini dilengkapi kemudahan AED

687,697 pengundi layak mengundi untuk PRN Melaka

687,697 pengundi layak mengundi untuk PRN Melaka

Imej negatif Ahmad Zahid buka kelompangan UMNO tumbang pilihan raya

Imej negatif Ahmad Zahid buka kelompangan UMNO tumbang pilihan raya