Belanjawan 2027: Fokus infrastruktur Sabah, kekal dan tambah STR

TAWAU – Belanjawan 2027 diharap dapat memberi tumpuan lebih besar kepada pembangunan dan penambahbaikan infrastruktur di Sabah selain mengekalkan serta menambah baik peruntukan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) termasuk Sumbangan Asas Rahmah (SARA) bagi membantu meningkatkan ekonomi isi rumah.

Seorang penduduk Tawau, Khairul Anwar Junus, 34, berkata, kerajaan perlu memberikan komitmen yang jelas, pantas dan bersungguh-sungguh dalam menyelesaikan isu infrastruktur asas di negeri ini yang telah sekian lama menjejaskan kualiti hidup rakyat.

”Peruntukan yang lebih besar dan bersasar mesti disalurkan bagi menaik taraf rangkaian jalan raya yang rosak, memastikan kestabilan bekalan air bersih yang berterusan, memperluas pemasangan lampu jalan, serta memperbaiki sistem perparitan bagi membendung masalah banjir kilat yang sering melanda.

”Penyelesaian tuntas terhadap isu-isu asas ini bukan sahaja menjamin keselesaan hidup harian rakyat, malah membuktikan keprihatinan kerajaan pusat terhadap pembangunan infrastruktur yang seimbang antara wilayah,” katanya kepada wartawan The Malaysia Press, pada Isnin.

Menurut Khairul, Belanjawan 2027 amat dinantikan oleh seluruh rakyat Malaysia sebagai landasan penting untuk memperkukuh ekonomi negara serta memastikan kesejahteraan hidup rakyat terus terpelihara di tengah-tengah cabaran kos sara hidup yang semakin mencabar.

Oleh itu, dia juga berharap agar kerajaan dapat meningkatkan nilai peruntukan dan kadar bayaran STR dan SARA bagi meringankan beban golongan berpendapatan rendah.

”Bidang pendidikan tinggi negara wajar terus disokong melalui kesinambungan insentif diskaun bayaran balik pinjaman PTPTN serta penukaran pinjaman kepada biasiswa bagi pelajar cemerlang juga perlu diwujudkan semula.

”Selain itu peruntukan khusus kepada Kementerian Belia dan Sukan (KBS) untuk menghidupkan semula misi sukarelawan antarabangsa melalui program MYCORPS demi melahirkan modal insan yang berjiwa empati dan berdaya saing global perlu diberi perhatian.

Sementara itu, Jeffridin Daudi, 54, senada berikutan kemudahan asas menjadi antara keperluan penting rakyat di negeri ini dan perlu dilakukan secara terus dan meyeluruh.

Katanya, isu subsidi diesel di Sabah juga diharap dapat terus diberi perhatian dengan mengekalkan harga diesel pada kadar RM2.10 seliter tanpa had penggunaan, bagi membantu meringankan beban rakyat terutama mereka yang bergantung kepada diesel dalam urusan harian.

”Mekanisme kawalan yang lebih berkesan dengan penggunaan sistem MyKad amat bertepatan bagi memastikan subsidi berkenaan benar-benar dinikmati golongan yang layak serta mengelakkan berlakunya ketirisan.

”Bagaimanapun, peningkatan kuota khususnya mereka yang tinggal di kawasan pedalaman dan bergantung kepada kenderaan diesel untuk urusan harian turut perlu diberi perhatian.

”Ini kerana kerajaan perlu mengambil kira faktor geografi Sabah dengan subsidi bersasar berdasarkan penggunaan sebenar, bukan semata-mata berdasarkan pemilikan kenderaan,” ujarnya.

Belanjawan 2027 yang dijadual dibentangkan di Parlimen pada 9 Oktober ini menggariskan 10 bidang tumpuan utama dengan kepentingan rakyat menjadi keutamaan dalam setiap dasar, ikhtiar dan peruntukan yang bakal dipertimbangkan.

Belanjawan MADANI kelima itu akan terus berpaksikan tiga tonggak Ekonomi MADANI iaitu iaitu Menaikkan Siling pertumbuhan negara, Menaikkan Lantai kesejahteraan hidup rakyat dan Memacu Pembaharuan Tatakelola pentadbiran negara.

Related Posts

Kerjasama Warisan, KDM, STAR diperkukuh di Sepanggar

KOTA KINABALU – Kerjasama antara Parti Warisan Sabah (Warisan), Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM) dan Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) terus diperkukuhkan di peringkat bahagian, susulan kehadiran pimpinan ketiga-tiga parti…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Ahli Parlimen Bandar Kuching gesa reformasi perkhidmatan kesihatan Sabah, Sarawak 

KUALA LUMPUR – Kerajaan digesa melaksanakan reformasi menyeluruh bagi menangani isu kekurangan tenaga kerja perubatan, selain memperkukuh tahap keselamatan Perkhidmatan Doktor Udara (FDS) di Sabah dan Sarawak. Ahli Parlimen Bandar…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kerjasama Warisan, KDM, STAR diperkukuh di Sepanggar

Kerjasama Warisan, KDM, STAR diperkukuh di Sepanggar

Ahli Parlimen Bandar Kuching gesa reformasi perkhidmatan kesihatan Sabah, Sarawak 

Ahli Parlimen Bandar Kuching gesa reformasi perkhidmatan kesihatan Sabah, Sarawak 

Tiada PRK Petaling Jaya susulan kekosongan kerusi Parlimen – SPR

Tiada PRK Petaling Jaya susulan kekosongan kerusi Parlimen – SPR

Kompaun parkir tertunggak boleh dipertimbang untuk bayaran ansuran

Kompaun parkir tertunggak boleh dipertimbang untuk bayaran ansuran

Belanjawan 2027: Fokus infrastruktur Sabah, kekal dan tambah STR

  • By Fatin
  • October 5, 2026
Belanjawan 2027: Fokus infrastruktur Sabah, kekal dan tambah STR

Trauma tumpul pada kepala punca Irene Sofiya meninggal dunia

Trauma tumpul pada kepala punca Irene Sofiya meninggal dunia