SMK St. Joseph terima sumbang bas coaster, 500 bakul makanan

PAPAR – Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) St Joseph, Papar, menerima sebuah bas coster dengan kapasiti 28 tempat duduk bagi membantu memperkukuh kemudahan pengangkutan dan aktiviti pendidikan pelajar daripada Berjaya Corporation Berhad menerusi Berjaya Cares Foundation (BCF).

Ahli Parlimen Papar, Datuk Armizan Mohd Ali berkata, sumbangan berkenaan sebagai contoh kerjasama strategik sektor korporat dalam membantu memenuhi keperluan sebenar institusi pendidikan dan memperkasa potensi murid.

“Inisiatif tersebut bermula daripada hasrat BCF yang disampaikan kepadanya untuk melaksanakan program tanggungjawab sosial korporat (CSR) di sebuah sekolah di Papar, sebelum SMK St. Joseph dicadangkan sebagai penerima memandangkan KPDN telah memilih SMK Benoni sebagai Sekolah Angkat MADANI bagi tahun 2026.

“Usaha ini selaras dengan aspirasi Program Sekolah Angkat MADANI yang menggalakkan kerjasama strategik antara kerajaan, sektor korporat dan komuniti dalam memenuhi keperluan sekolah serta memperkasa potensi murid.

“Apabila setiap pihak menyumbang berdasarkan keperluan sebenar, manfaatnya dapat dirasai secara langsung dalam membantu membentuk kemenjadian murid,” ujarnya dalam laman sosial miliknya pada Ahad.

Menurut Armizan, kemudahan pengangkutan yang lebih teratur akan membantu pihak sekolah membawa pelajar mengikuti lawatan pendidikan, pertandingan serta pelbagai program di luar sekolah yang mampu memperluas pengalaman mereka.

“Bas ini bukan sekadar kemudahan pengangkutan, tetapi membuka lebih banyak ruang dan peluang kepada pelajar untuk menimba pengalaman di luar bilik darjah, mencungkil bakat serta membina keyakinan untuk terus maju.

“Bagi saya, sekolah ini bukan sekadar sebuah institusi pendidikan, tetapi sebahagian daripada perjalanan hidup yang cukup dekat di hati. Lebih tiga dekad lalu, saya pernah menimba ilmu di sini serta berkongsi pengalaman zaman persekolahan bersama guru dan rakan-rakan yang sedikit sebanyak membentuk diri saya hari ini.

“Setiap kali kembali ke sekolah ini, rasa seperti pulang ke tempat yang menyimpan begitu banyak kenangan. Dapat menyaksikan satu lagi kemudahan disumbangkan untuk membuka ruang dan peluang kepada generasi hari ini tentunya membawa nilai dan makna yang amat besar,” kongsinya.

Dalam pada itu, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) itu berkata, peranan sektor swasta dalam agenda pendidikan perlu terus diperkukuh selaras dengan pendekatan whole-of-nation yang menuntut kerjasama kerajaan, warga pendidik, ibu bapa, masyarakat dan sektor korporat dalam membangunkan potensi generasi muda.

“Pendidikan bukan tanggungjawab satu pihak sahaja. Kerjasama seperti ini perlu terus diperkukuh kerana usaha membangunkan potensi anak-anak kita memerlukan penglibatan semua pihak supaya sokongan yang diberikan benar-benar sampai kepada mereka yang memerlukannya.

“Selain bas, BCF turut menyumbangkan 500 bakul makanan kepada pihak sekolah untuk diagihkan kepada pelajar daripada golongan yang memerlukan, sekali gus melengkapkan inisiatif CSR berkenaan dengan memberi perhatian kepada aspek pendidikan dan kebajikan pelajar,” kongsinya.

Sumbangan itu diserahkan oleh Pengasas dan Penasihat Berjaya Corporation Berhad merangkap Pengerusi BCF, Tan Sri Vincent Tan Chee Yioun kepada Pengetua SMK St Joseph, Jenith Mahibol, dalam satu majlis di sekolah berkenaan, pada Ahad.

Armizan turut merakamkan penghargaan kepada Tan serta seluruh warga BCF atas keprihatinan terhadap pendidikan dan kebajikan masyarakat Papar serta berharap sumbangan itu memberi manfaat berpanjangan kepada warga sekolah berkenaan.

  • Related Posts

    SMFC pamer teknologi AI dan sistem bersepadu MFC Opar di Sarawak Agrofest 2026

    BINTULU – Sarawak Metropolitan Food Cluster (SMFC) Consortium mempamerkan teknologi kecerdasan buatan (AI) dan sistem bersepadu yang menyokong pembangunan Metropolitan Food Cluster (MFC) Opar sempena Sarawak Agrofest 2026. Pameran itu…

    Lebih lanjut

    teruskan membaca
    Konsert Israel Houghton: Polis Sabah nasihat tangguh dahulu

    KOTA KINABALU – Polis Diraja Malaysia (PDRM) Sabah menasihatkan supaya konsert penyanyi antarabangsa, Israel Houghton, yang dikatakan dijadualkan berlangsung di Kota Kinabalu pada Oktober ini tidak diadakan dahulu, mengambil kira…

    Lebih lanjut

    teruskan membaca

    Perlu dibaca

    SMFC pamer teknologi AI dan sistem bersepadu MFC Opar di Sarawak Agrofest 2026

    SMFC pamer teknologi AI dan sistem bersepadu MFC Opar di Sarawak Agrofest 2026

    Konsert Israel Houghton: Polis Sabah nasihat tangguh dahulu

    • By Ithma
    • September 28, 2026
    Konsert Israel Houghton: Polis Sabah nasihat tangguh dahulu

    Krisis Negeri Sembilan: Lebih 60 soalan diajukan kepada bekas Exco

    Krisis Negeri Sembilan: Lebih 60 soalan diajukan kepada bekas Exco

    Kajian masa depan institut pengajian tinggi perlu dipandang serius – PM

    Kajian masa depan institut pengajian tinggi perlu dipandang serius – PM

    Kemajuan teknologi harus berpaksikan sifat kemanusiaan, moraliti – PM Anwar

    Kemajuan teknologi harus berpaksikan sifat kemanusiaan, moraliti – PM Anwar

    Kerajaan Perak zahir takziah atas pemergian Tun Dr Siti Hasmah

    Kerajaan Perak zahir takziah atas pemergian Tun Dr Siti Hasmah