Pemandu jengkaut maut, jentera terbalik dalam tasik

KUANTAN – Seorang pemandu jengkaut ditemukan lemas, manakala seorang lagi selamat selepas jentera berat dikendalikan mereka terbalik ketika menjalankan kerja pembersihan di Tasik Bera, dekat Bera, petang semalam.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Pahang, Mohd Salahuddin Isa berkata, mangsa berusia 26 tahun ditemui terperangkap dalam kabin pemandu.

Menurutnya, pasukan bomba membuka pintu sebelum mangsa berjaya ditarik keluar jam 4.10 petang.

“Lelaki itu berada dalam keadaan tidak sedarkan diri ketika dibawa naik ke darat sebelum disahkan meninggal dunia oleh petugas kesihatan yang tiba ke lokasi.

“Seorang lagi mangsa berusia 28 tahun selamat apabila berjaya menyelamatkan diri semasa kejadian,” katanya.

Mohd Salahuddin berkata, mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

Beliau berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian jam 2.11 petang sebelum sepasukan anggota bersama pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat Triang ke lokasi untuk operasi menyelamat.

“Anggota bersama jentera tiba di lokasi jam 2.56 petang dan didapati terdapat sebuah jengkaut terbalik semasa kerja-kerja pembersihan tasik melibatkan dua mangsa dengan seorang daripadanya dikhuatiri lemas.

“Pencarian di peringkat awal dibuat menggunakan bot di sekitar kawasan jengkaut terbalik sebelum mangsa berjaya ditemui dan dibawa naik,” katanya.

Related Posts

Gagal redakan krisis Negeri Sembilan, UMNO berdepan persepsi utamakan politik

PUTRAJAYA – UMNO berdepan persoalan sama ada kepentingan politik mengatasi tanggungjawabnya terhadap institusi diraja dan adat Negeri Sembilan sekiranya gagal memainkan peranan menyelesaikan kemelut yang dilihat semakin meruncing dalam negeri…

Lebih lanjut

teruskan membaca
CLBC Kampung Seberang Ramai terima kunjungan Raja Muda Perlis, Menteri Komunikasi

KUALA PERLIS – Pusat Pembelajaran Berasaskan Komuniti (CLBC) Kampung Seberang Ramai menerima kunjungan Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail sempena program Kayuhan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tidak sokong Pas bukan ukuran iman seseorang – Zuliadin

Tidak sokong Pas bukan ukuran iman seseorang – Zuliadin

Gagal redakan krisis Negeri Sembilan, UMNO berdepan persepsi utamakan politik

Gagal redakan krisis Negeri Sembilan, UMNO berdepan persepsi utamakan politik

New Age Movement: JAKIM tegur, dapatkan penjelasan Marhamah

New Age Movement: JAKIM tegur, dapatkan penjelasan Marhamah

Pemandu jengkaut maut, jentera terbalik dalam tasik

Pemandu jengkaut maut, jentera terbalik dalam tasik

‎PJRM rekod hampir 31.85 juta transaksi setakat 23 September ‎

  • By Ezmie
  • September 27, 2026
‎PJRM rekod hampir 31.85 juta transaksi setakat 23 September ‎

‎Pelekat QR Takwim PJRM dipasang di premis tumpuan mulai 1 Oktober ‎

  • By Ezmie
  • September 27, 2026
‎Pelekat QR Takwim PJRM dipasang di premis tumpuan mulai 1 Oktober ‎