‎Pelekat QR Takwim PJRM dipasang di premis tumpuan mulai 1 Oktober ‎

PAPAR – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) akan memperkenalkan pelekat khas memaparkan kod QR Takwim Program Jualan RAHMAH MADANI (PJRM) di lokasi tumpuan awam seluruh negara bermula 1 Oktober depan.
‎
‎Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali, berkata inisiatif itu bertujuan memudahkan orang ramai mendapatkan maklumat mengenai tarikh dan lokasi penganjuran PJRM berhampiran kawasan masing-masing.
‎
‎”Pelekat berkenaan akan dipasang antaranya di kawasan perumahan awam, pasar awam, pasar tani dan tamu, dewan serta pusat komuniti, terminal pengangkutan awam, rumah ibadat, institusi keagamaan serta premis perniagaan.
‎
‎“Pemasangan pelekat khas ini tertakluk kepada permintaan dan persetujuan pihak pengurusan atau pemilik premis.
‎
“Melalui imbasan kod QR tersebut, orang ramai boleh merujuk Takwim PJRM bagi menyemak tarikh dan lokasi penganjuran yang berhampiran dengan kawasan masing-masing,” katanya dalam kenyataan, pada Ahad.
‎
‎Menurut Armizan, langkah itu diperkenalkan seiring peningkatan skala pelaksanaan PJRM yang menyaksikan akses rakyat kepada maklumat penganjuran program berkenaan turut dipertingkatkan.
‎
‎Katanya, pada masa ini, orang ramai boleh menyemak Takwim PJRM menerusi laman sesawang pjrm.kpdn.gov.my, selain aplikasi Info Jualan RAHMAH MADANI yang boleh dimuat turun melalui Google Play Store dan Apple App Store.
‎
‎PJRM menawarkan barangan keperluan harian pada harga antara 10 hingga 30 peratus lebih rendah berbanding harga pasaran setempat sebagai antara intervensi kerajaan membantu rakyat menangani kos sara hidup.

Related Posts

New Age Movement: JAKIM tegur, dapatkan penjelasan Marhamah

PUTRAJAYA – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mengadakan sesi pertemuan dan ‘tabayyun’ bersama Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Marhamah Rosli bagi mendapatkan penjelasan secara langsung berhubung…

Lebih lanjut

teruskan membaca
‎PJRM rekod hampir 31.85 juta transaksi setakat 23 September ‎

PAPAR – Program Jualan RAHMAH MADANI (PJRM) merekodkan 31,849,641 transaksi bagi tempoh 1 Januari hingga 23 September lalu, selepas jumlah transaksi program itu menunjukkan peningkatan ketara sejak diperkenalkan pada 2023.‎Menteri…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

New Age Movement: JAKIM tegur, dapatkan penjelasan Marhamah

New Age Movement: JAKIM tegur, dapatkan penjelasan Marhamah

Pemandu jengkaut maut, jentera terbalik dalam tasik

Pemandu jengkaut maut, jentera terbalik dalam tasik

‎PJRM rekod hampir 31.85 juta transaksi setakat 23 September ‎

  • By Ezmie
  • September 27, 2026
‎PJRM rekod hampir 31.85 juta transaksi setakat 23 September ‎

‎Pelekat QR Takwim PJRM dipasang di premis tumpuan mulai 1 Oktober ‎

  • By Ezmie
  • September 27, 2026
‎Pelekat QR Takwim PJRM dipasang di premis tumpuan mulai 1 Oktober ‎

KPDN harap peruntukan PJRM ditingkatkan dalam Belanjawan 2027

  • By Ezmie
  • September 27, 2026
KPDN harap peruntukan PJRM ditingkatkan dalam Belanjawan 2027

CLBC Kampung Seberang Ramai terima kunjungan Raja Muda Perlis, Menteri Komunikasi

CLBC Kampung Seberang Ramai terima kunjungan Raja Muda Perlis, Menteri Komunikasi