Kerajaan pertimbang kembalikan status Langkawi pulau bebas cukai – PM Anwar

ALOR SETAR – Kerajaan Persekutuan sedia mempertimbang cadangan mengembalikan keistimewaan status bebas cukai Langkawi bagi membantu merancakkan aktiviti perniagaan di pulau peranginan itu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perkara itu susulan titah Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah yang mahu kegiatan perniagaan di Langkawi dipertingkat.

“Datuk Setiausaha Kerajaan Negeri (Datuk Seri Norizan Khazali) sebut tadi pasal surat cukai Langkawi. Tak apa itu kita boleh fikirkan.

“Duli Yang Maha Mulia Sultan Kedah ada pesan, baginda nak angkat balik kegiatan perniagaan di Langkawi.

“Saya setuju, saya timbang,” katanya ketika berucap pada Majlis Perasmian Skim Usahawan Bangkit Negeri Kedah hari ini.

Sultan Sallehuddin ketika Istiadat Perasmian Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah bertitah supaya Kerajaan Persekutuan mengembalikan status Langkawi sebagai pulau bebas cukai dengan keistimewaan yang dinikmati sebelum ini.

Titah baginda status Langkawi sebagai pulau bebas cukai masih kekal, namun beberapa keistimewaan yang sebelum ini dinikmati dikurangkan.

Antara perkara disentuh termasuk pelaksanaan kadar cukai terhadap kenderaan yang dihadkan, selain cukai terhadap produk berasaskan tembakau dan barangan lain.

Related Posts

Kes seleweng KLVC: Dua bekas pengurusan tertinggi FELDA dituduh minggu depan

PUTRAJAYA – Dua bekas pengurusan tertinggi FELDA yang disiasat berkait penyelewengan projek Kuala Lumpur Vertical City (KLVC) akan didakwa di mahkamah minggu hadapan. Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kerajaan tambah peruntukan usahawan kecil dalam Belanjawan 2027

ALOR SETAR – Kerajaan bercadang untuk menambah peruntukan bagi membantu golongan usahawan kecil menerusi Belanjawan 2027 yang akan dibentangkan pada 9 Oktober ini. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kerajaan pertimbang kembalikan status Langkawi pulau bebas cukai – PM Anwar

Kerajaan pertimbang kembalikan status Langkawi pulau bebas cukai – PM Anwar

Kes seleweng KLVC: Dua bekas pengurusan tertinggi FELDA dituduh minggu depan

Kes seleweng KLVC: Dua bekas pengurusan tertinggi FELDA dituduh minggu depan

Kerajaan tambah peruntukan usahawan kecil dalam Belanjawan 2027

Kerajaan tambah peruntukan usahawan kecil dalam Belanjawan 2027

Saravanan, keluarga diminta isytihar harta – SPRM

Saravanan, keluarga diminta isytihar harta – SPRM

10 Exco Negeri Sembilan hilang dari portal rasmi kerajaan negeri

10 Exco Negeri Sembilan hilang dari portal rasmi kerajaan negeri

Siasatan baja lewat edar di Kedah selesai, 2 dijangka didakwa – SPRM

Siasatan baja lewat edar di Kedah selesai, 2 dijangka didakwa – SPRM