Saravanan, keluarga diminta isytihar harta – SPRM

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan menyerahkan notis kepada bekas Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M Saravanan dan ahli keluarganya supaya mengisytiharkan harta masing-masing dalam tempoh sebulan.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Abd Halim Aman berkata, notis di bawah Seksyen 36 Akta SPRM 2009 itu akan diserahkan kepada Timbalan Presiden MIC terbabit pada Isnin.

“Bagi bekas menteri yang dituduh di mahkamah (baru-baru ini), kami akan menyampaikan notis untuk pengisytiharan harta kepada beliau, isteri dan tiga anak beliau.

“Mereka sudah dimaklumkan mengenai perkara itu dan mereka akan hadir di ibu pejabat SPRM Isnin ini, untuk diserahkan notis berkenaan,” katanya pada sidang media selepas Majlis Penutupan Persidangan Penyelidikan Tatakelola, Integriti dan Antirasuah Peringkat Kebangsaan Kali Ke-5 Tahun 2026, pada Jumaat.

Namun, Abd Halim memaklumkan, hanya Saravanan, isteri dan dua anaknya akan hadir di ibu pejabat SPRM bagi diserahkan notis terbabit memandangkan seorang lagi anaknya sedang melanjutkan pengajian di luar negara.

“Ya mereka sudah dimaklumkan hal itu dan akan hadir di ibu pejabat SPRM Isnin ini tetapi hanya bekas menteri, isteri dan dua anaknya.

“Seorang lagi anaknya akan diserahkan notis terbabit pada November ini kerana masih lagi belajar dan berada di London,” katanya.

Saravanan yang juga Ahli Parlimen Tapah sebelum ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas tiga pertuduhan menerima suapan RM1.097 juta, empat tahun lalu.

Berhubung perkembangan notis pengisytiharan harta bekas Pengerusi Lembaga Tabung Haji, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim dan ahli keluarganya, Abd Halim berkata, pihaknya masih belum menerima pengisytiharan berkenaan.

“Tempoh sebulan belum lagi (berakhir), kita baru serahkan notis pada tarikh 15 September lalu,” katanya.

Sebelum ini, SPRM menyerahkan notis kepada Abd Azeez dan ahli keluarganya supaya mengisytiharkan harta masing-masing dalam tempoh sebulan.

SPRM dipetik berkata, penyerahan notis berkenaan kepada Abdul Azeez, ahli keluarga termasuk anak-anaknya dibuat mengikut peruntukan undang-undang.

Borang tertentu turut diberikan kepada pihak terbabit bagi tujuan pengisytiharan dan pelaporan harta kepada SPRM.

Related Posts

Kerajaan pertimbang kembalikan status Langkawi pulau bebas cukai – PM Anwar

ALOR SETAR – Kerajaan Persekutuan sedia mempertimbang cadangan mengembalikan keistimewaan status bebas cukai Langkawi bagi membantu merancakkan aktiviti perniagaan di pulau peranginan itu. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kes seleweng KLVC: Dua bekas pengurusan tertinggi FELDA dituduh minggu depan

PUTRAJAYA – Dua bekas pengurusan tertinggi FELDA yang disiasat berkait penyelewengan projek Kuala Lumpur Vertical City (KLVC) akan didakwa di mahkamah minggu hadapan. Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kerajaan pertimbang kembalikan status Langkawi pulau bebas cukai – PM Anwar

Kerajaan pertimbang kembalikan status Langkawi pulau bebas cukai – PM Anwar

Kes seleweng KLVC: Dua bekas pengurusan tertinggi FELDA dituduh minggu depan

Kes seleweng KLVC: Dua bekas pengurusan tertinggi FELDA dituduh minggu depan

Kerajaan tambah peruntukan usahawan kecil dalam Belanjawan 2027

Kerajaan tambah peruntukan usahawan kecil dalam Belanjawan 2027

Saravanan, keluarga diminta isytihar harta – SPRM

Saravanan, keluarga diminta isytihar harta – SPRM

10 Exco Negeri Sembilan hilang dari portal rasmi kerajaan negeri

10 Exco Negeri Sembilan hilang dari portal rasmi kerajaan negeri

Siasatan baja lewat edar di Kedah selesai, 2 dijangka didakwa – SPRM

Siasatan baja lewat edar di Kedah selesai, 2 dijangka didakwa – SPRM