MB, Exco tiada kuasa lantik Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan

PUTRAJAYA – Sebarang kenyataan atau tindakan yang menggambarkan bahawa pelantikan Yang di-Pertuan Besar boleh ditentukan oleh Menteri Besar atau Exco adalah tidak tepat sama sekali.

Malah Presiden Persatuan Pemuda Puteri Malaysia Bersatu (Perimau), Mohd Ridhwan Othman menegaskan, ia berpotensi menimbulkan kekeliruan dalam kalangan orang awam berhubung struktur Perlembagaan serta adat pemerintahan Negeri Sembilan.

“Kami juga menyeru rakyat serta pihak media mendapatkan maklumat yang sahih daripada sumber berautoriti dan tidak menyebarkan spekulasi yang boleh menjejaskan keharmonian negeri serta kewibawaan institusi Raja-Raja Melayu.

“Perimau percaya bahawa isu itu penting untuk diberi perhatian kerana menyentuh keluhuran Perlembagaan, kesinambungan adat pemerintahan Negeri Sembilan, ini termasuk prinsip bahawa setiap institusi mesti berfungsi mengikut bidang kuasa yang telah ditetapkan,” katanya menerusi kenyataan, pada Jumaat.

Mohd Ridhwan berkata, institusi adat pepatih harus diberikan ruang untuk melaksanakan amanah secara bebas, tertib, berintegriti dan tanpa tekanan politik terutama ‘campur tangan’ orang luar.

“Pelantikan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan hendaklah dilaksanakan sepenuhnya berdasarkan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri, adat serta perlembagaan Negeri Sembilan.

“Dalam sistem pemerintahan Negeri Sembilan, kuasa memilih dan melantik Yang di-Pertuan Besar terletak pada Undang Yang Empat. Mereka merupakan institusi yang diberi amanah untuk menentukan pelantikan tersebut, bukannya Menteri Besar atau barisan Exco,” katanya.

Tambahnya, Perimau akan terus mempertahankan keluhuran perlembagaan, kedaulatan institusi Raja-Raja Melayu serta prinsip tadbir urus yang berteraskan undang-undang dan adat.

Terdahulu, Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir telah membatalkan pelantikan Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Negeri berkuat kuasa serta-merta.

Menurut kenyataan dikeluarkan Pengelola Bijaya Diraja Istana Negeri Sembilan Datuk Azizi Mohamad Ali, keputusan itu dibuat selepas mendapati kesemua exco terbabit telah memungkiri sumpah jawatan mereka

Related Posts

Kerajaan pertimbang kembalikan status Langkawi pulau bebas cukai – PM Anwar

ALOR SETAR – Kerajaan Persekutuan sedia mempertimbang cadangan mengembalikan keistimewaan status bebas cukai Langkawi bagi membantu merancakkan aktiviti perniagaan di pulau peranginan itu. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
10 Exco Negeri Sembilan hilang dari portal rasmi kerajaan negeri

SEREMBAN – Gambar 10 Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Negeri Sembilan tidak lagi dipaparkan di portal rasmi Kerajaan Negeri Sembilan susulan pembatalan pelantikan mereka. Tinjauan mendapati, hanya gambar Menteri Besar,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kerajaan pertimbang kembalikan status Langkawi pulau bebas cukai – PM Anwar

Kerajaan pertimbang kembalikan status Langkawi pulau bebas cukai – PM Anwar

Kes seleweng KLVC: Dua bekas pengurusan tertinggi FELDA dituduh minggu depan

Kes seleweng KLVC: Dua bekas pengurusan tertinggi FELDA dituduh minggu depan

Kerajaan tambah peruntukan usahawan kecil dalam Belanjawan 2027

Kerajaan tambah peruntukan usahawan kecil dalam Belanjawan 2027

Saravanan, keluarga diminta isytihar harta – SPRM

Saravanan, keluarga diminta isytihar harta – SPRM

10 Exco Negeri Sembilan hilang dari portal rasmi kerajaan negeri

10 Exco Negeri Sembilan hilang dari portal rasmi kerajaan negeri

Siasatan baja lewat edar di Kedah selesai, 2 dijangka didakwa – SPRM

Siasatan baja lewat edar di Kedah selesai, 2 dijangka didakwa – SPRM