Taktik licik ‘scammer’ dan berita palsu ancam komuniti, penduduk Mukah didedah langkah pencegahan

MUKAH – Masyarakat diberi amaran keras agar tidak mudah terumpan dengan tawaran penipuan pekerjaan (job scam) mahupun janji wang mudah sehingga sanggup menggadaikan akaun bank peribadi kepada pihak tidak dikenali untuk dijadikan ‘akaun keldai’.

Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Komersial Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Mukah, Inspektor Ebeni Mohamad berkata, peringatan itu amat kritikal berikutan taktik sindiket penipuan dalam talian kini dilihat semakin berani dan licik menyasarkan mangsa tanpa mengira latar belakang usia.

Menurut beliau, selain penipuan pekerjaan, komuniti turut berdepan dengan pelbagai perangkap siber terkini termasuk ancaman penipuan cinta (love scam) serta taktik ceti haram atau ‘along’ dalam talian yang menceroboh data peranti mangsa secara tiba-tiba.

“Jangan sesekali terpedaya dengan janji manis pihak tidak dikenali sehingga sanggup menyerahkan maklumat perbankan anda.

“Jika anda berasa ada sesuatu yang tidak kena atau menyedari telah terpedaya, terus hubungi Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) di talian 997 untuk tindakan sekatan pantas,” tegasnya ketika berucap di hadapan 50 peserta Program Keselamatan dan Perpaduan Komuniti 2026 di Dewan Datuk Awang Udin pada Khamis.

Dalam pada itu, program kesedaran berkenaan turut memberi tumpuan serius terhadap ancaman lambakan berita palsu dan penyebaran kandungan media sosial yang disunting di luar konteks sebenar.

Menyentuh isu tersebut, Profesor Adjung Universiti Putra Malaysia (UPM), Senior Asisten Komisioner (B) Datuk Dr Zafari Zulkifli mengingatkan penduduk agar tidak terburu-buru mempercayai atau menekan butang kongsi hanya kerana tertarik dengan tajuk mahupun gambar yang sensasi.

Menerusi pendedahan modul LENSA dan DARES, beliau melatih komuniti mengenai kaedah terbaik untuk menilai kesahihan sesuatu maklumat secara lebih kritis, holistik, dan adil sebelum membentuk sebarang pandangan peribadi.

“Gajet di tangan kita sememangnya memudahkan kehidupan, namun jika tidak berhati-hati, ia boleh menjadi punca kita mudah terpedaya atau tanpa sedar menjadi penyebar fitnah. Ambil sedikit masa untuk menyemak kesahihan sumber sebelum disebarkan,” jelasnya.

Program libat urus komuniti tersebut dianjurkan oleh Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) Bahagian Mukah dengan kerjasama erat Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Komunikasi Komuniti (JKOM), dan Jabatan Penerangan Malaysia bagi memastikan maklumat keselamatan siber sampai terus ke peringkat akar umbi.

Related Posts

Kerajaan pertimbang kembalikan status Langkawi pulau bebas cukai – PM Anwar

ALOR SETAR – Kerajaan Persekutuan sedia mempertimbang cadangan mengembalikan keistimewaan status bebas cukai Langkawi bagi membantu merancakkan aktiviti perniagaan di pulau peranginan itu. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata,…

Lebih lanjut

teruskan membaca
10 Exco Negeri Sembilan hilang dari portal rasmi kerajaan negeri

SEREMBAN – Gambar 10 Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Negeri Sembilan tidak lagi dipaparkan di portal rasmi Kerajaan Negeri Sembilan susulan pembatalan pelantikan mereka. Tinjauan mendapati, hanya gambar Menteri Besar,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Kerajaan pertimbang kembalikan status Langkawi pulau bebas cukai – PM Anwar

Kerajaan pertimbang kembalikan status Langkawi pulau bebas cukai – PM Anwar

Kes seleweng KLVC: Dua bekas pengurusan tertinggi FELDA dituduh minggu depan

Kes seleweng KLVC: Dua bekas pengurusan tertinggi FELDA dituduh minggu depan

Kerajaan tambah peruntukan usahawan kecil dalam Belanjawan 2027

Kerajaan tambah peruntukan usahawan kecil dalam Belanjawan 2027

Saravanan, keluarga diminta isytihar harta – SPRM

Saravanan, keluarga diminta isytihar harta – SPRM

10 Exco Negeri Sembilan hilang dari portal rasmi kerajaan negeri

10 Exco Negeri Sembilan hilang dari portal rasmi kerajaan negeri

Siasatan baja lewat edar di Kedah selesai, 2 dijangka didakwa – SPRM

Siasatan baja lewat edar di Kedah selesai, 2 dijangka didakwa – SPRM