Tarik balik kenyataan tidak memadai, persepsi rakyat perlu dipulihkan – Mahfuz

PENYELESAIAN kes saman antara Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Ahli Parlimen Pendang, Datuk Awang Solahuddin Hashim, tidak seharusnya berakhir dengan penarikan balik tindakan undang-undang semata-mata.

Naib Presiden Parti Amanah Negara, Mahfuz Omar berkata, kesan terhadap persepsi rakyat susulan kenyataan politik yang dipertikaikan turut perlu diperbetulkan menerusi penjelasan terbuka kepada masyarakat.

Beliau berkata, Ahli Parlimen Pendang wajar tampil menjelaskan perkara berkenaan kepada rakyat selain menyatakan kekesalan dan memohon maaf sekiranya kenyataan yang dibuat sebelum ini telah menimbulkan persepsi yang tidak tepat.

“Saya menghormati penyelesaian secara baik kes saman antara Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan Ahli Parlimen Pendang, Datuk Awang Solahuddin Hashim di Mahkamah Tinggi hari ini.

“Namun, perkara yang lebih besar daripada kes mahkamah ini ialah tanggungjawab seorang Ahli Parlimen terhadap rakyat apabila sesuatu kenyataan politik yang dilemparkan akhirnya ditarik balik,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mahfuz berkata, tindakan Anwar menarik balik saman itu juga menunjukkan bahawa dakwaan terhadap Perdana Menteri sebagai seorang yang zalim dan pendendam adalah fitnah dan pembohongan.

Menurutnya, seseorang yang mahu membalas dendam akan mencari jalan menghukum, manakala pihak yang mahu menyelesaikan masalah akan mencari jalan untuk berdamai.

Bagaimanapun, beliau berkata, penyelesaian dari sudut undang-undang tidak semestinya menyelesaikan kesan sesuatu kenyataan terhadap pemikiran dan persepsi rakyat.

“Ini bukan soal mahu mengaibkan sesiapa. Ini soal integriti dalam politik.

“Ahli Parlimen mempunyai ruang yang luas untuk mengkritik Perdana Menteri dan kerajaan. Kritiklah, soal dasar kerajaan, tegur kelemahan dan dedahkan jika ada salah laku.

“Tetapi antara kritikan, tuduhan dan fitnah, ada garis yang mesti dihormati,” katanya.

Mahfuz berkata, kenyataan politik boleh ditarik balik, namun persepsi yang sudah terbentuk dalam fikiran rakyat tidak semudah itu untuk dipadamkan.

Katanya, sesuatu tuduhan boleh tersebar dalam tempoh singkat menerusi ceramah dan media sosial seperti TikTok, Facebook serta WhatsApp, sedangkan pembetulan terhadapnya belum tentu sampai kepada khalayak yang sama.

“Kalau kenyataan ditarik balik, jelaskan kepada rakyat bahawa ia telah ditarik balik.

“Kalau kenyataan itu telah menimbulkan persepsi yang salah, bantu rakyat membetulkan persepsi tersebut,” katanya.

Dalam pada itu, Mahfuz turut mengingatkan rakan-rakan pembangkang supaya tidak memandang ringan tanggungjawab mereka terhadap rakyat ketika membuat sesuatu kenyataan politik.

Katanya, pembangkang sememangnya penting dalam sistem demokrasi, namun kekuatan pembangkang bukan sekadar berdasarkan jumlah tuduhan yang dibuat.

“Pembangkang yang kuat ialah pembangkang yang mampu membuktikan setiap tuduhan yang dibuat dan berani bertanggungjawab apabila tersilap,” katanya.

Mahfuz berkata, episod berkenaan seharusnya menjadi pengajaran kepada semua ahli politik, sama ada daripada kerajaan mahupun pembangkang.

“Jangan tanam racun dalam fikiran rakyat dan kemudian biarkan rakyat mencari sendiri penawarnya.

“Kita boleh berbeza politik. Tetapi jangan sampai kebenaran menjadi korban politik,” katanya.

Related Posts

PN berdepan pembatalan pendaftaran RoS?

SHAH ALAM – Status Perikatan Nasional (PN) sebagai gabungan politik menjadi persoalan selepas tular beberapa dokumen yang didakwa dikeluarkan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) berkaitan pendaftaran gabungan itu. Antara dokumen…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Anwar hormati keputusan Anthony, beri ruang untuk berbincang

HANGZHOU – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta DAP supaya tidak tunduk kepada tekanan pihak berkepentingan yang mahu melihat Kerajaan Perpaduan menjadi tidak stabil. Beliau berkata, tindakan Menteri Pengangkutan,…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Tarik balik kenyataan tidak memadai, persepsi rakyat perlu dipulihkan – Mahfuz

Tarik balik kenyataan tidak memadai, persepsi rakyat perlu dipulihkan – Mahfuz

PN berdepan pembatalan pendaftaran RoS?

PN berdepan pembatalan pendaftaran RoS?

Anwar hormati keputusan Anthony, beri ruang untuk berbincang

Anwar hormati keputusan Anthony, beri ruang untuk berbincang

Permohonan undi pos PRN Melaka bermula hari ini

Permohonan undi pos PRN Melaka bermula hari ini

Proses bina semula Gaza perlu disegerakan

Proses bina semula Gaza perlu disegerakan

ECRL diutamakan, projek rel baharu perlu ikut kemampuan – PM Anwar

ECRL diutamakan, projek rel baharu perlu ikut kemampuan – PM Anwar