CIS digesa tetap garis masa pulih bekalan simen di Sabah

KOTA KINABALU – Cement Industries Sabah (CIS) digesa menetapkan garis masa yang jelas bagi memulihkan bekalan simen di seluruh Sabah susulan kekurangan bahan itu yang terus menjejaskan projek pembinaan dan pembangunan.

Setiausaha Publisiti Parti Tindakan Demokratik (DAP) Sabah, Thien Ee Hang berkata, CIS perlu segera memaklumkan perkembangan terkini pengeluaran, jumlah stok dan keadaan bekalan di kawasan terjejas supaya kontraktor dapat merancang kerja mereka.

“Pertengahan September sudah berlalu, namun kami masih menerima laporan daripada kontraktor dan perniagaan berkaitan bahawa simen sukar diperoleh di beberapa kawasan.

“CIS perlu menjelaskan sejauh mana pengeluaran telah pulih, sama ada stok mencukupi dan bila bekalan dapat dipulihkan sepenuhnya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Thien, CIS sebelum ini menjangkakan bekalan simen kembali normal menjelang pertengahan September selepas kerja penyelenggaraan di kilangnya di Sepanggar selesai pada 4 September. Bagaimanapun, kelewatan ketibaan kapal membawa klinker dan simen pukal turut menjejaskan bekalan.

“Pada 11 September lalu, Ahli Parlimen Sandakan, Vivian Wong Shir Yee turut membangkitkan isu kekurangan simen yang telah berlarutan lebih sebulan di kawasannya selain kontraktor di kawasan lain juga menyuarakan kebimbangan yang sama.

“Gangguan bekalan yang berpanjangan boleh meningkatkan kos dan melewatkan penyiapan projek apabila kontraktor terpaksa menyusun semula penggunaan pekerja, jentera serta bahan binaan lain.

“Pihak industri perlu dimaklumkan sejauh mana usaha CIS meningkatkan pengeluaran dan mendapatkan tambahan klinker serta simen pukal telah dilaksanakan, termasuk bila bekalan simen dijangka mencukupi supaya kontraktor dapat merancang kerja mereka,” tegasnya.

Dalam pada itu, Thien berharap Menteri Pembangunan Perindustrian, Keusahawanan dan Pengangkutan Sabah, Datuk Ewon Benedick memantau isu berkenaan dan jika perlu, menyelaraskan perbincangan antara CIS, persatuan industri, pembekal, pengendali pengangkutan serta agensi berkaitan.

“Saya mencadangkan sistem pemantauan tetap diwujudkan bagi meneliti pengeluaran, stok, jadual penghantaran dan permintaan simen mengikut daerah.

“Pengalaman menangani gangguan bekalan sebelum ini, termasuk di pantai timur Sabah pada awal 2025, boleh dijadikan asas kepada prosedur tersebut.

“Sabah memerlukan sistem bekalan yang lebih berdaya tahan. Kita juga perlu menilai sama ada kapasiti pengeluaran, stok simpanan dan aturan bekalan sedia ada mampu memenuhi permintaan dalam tempoh tiga hingga lima tahun akan datang,” katanya.

Beliau turut menggesa CIS bekerjasama dengan kerajaan negeri dan industri pembinaan untuk menambah stok simpanan, mempelbagaikan sumber bahan mentah serta meningkatkan kapasiti pengeluaran dan penyimpanan tempatan bagi mengelakkan kekurangan bekalan berulang.

Related Posts

90 tukun tiruan dilabuhkan di perairan Papar, manfaatkan nelayan setempat

PAPAR – Sebanyak 90 unit tukun tiruan dilabuhkan di perairan ini, bagi menyediakan habitat hidupan laut dan mewujudkan kawasan tangkapan yang lebih produktif untuk nelayan setempat. Ahli Parlimen Papar, Datuk…

Lebih lanjut

teruskan membaca
YPNM Sabah mahu risiko jerebu ditangani awal

KOTA KINABALU – Yayasan Pengguna Negara Malaysia (YPNM) Sabah menggesa pemantauan kualiti udara diperkasa sebagai langkah awal menghadapi kemungkinan peningkatan jerebu yang boleh memberi kesan kepada kesihatan awam. Pengerusi Yayasan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Permohonan undi pos PRN Melaka bermula hari ini

Permohonan undi pos PRN Melaka bermula hari ini

Proses bina semula Gaza perlu disegerakan

Proses bina semula Gaza perlu disegerakan

ECRL diutamakan, projek rel baharu perlu ikut kemampuan – PM Anwar

ECRL diutamakan, projek rel baharu perlu ikut kemampuan – PM Anwar

90 tukun tiruan dilabuhkan di perairan Papar, manfaatkan nelayan setempat

  • By Ezmie
  • September 23, 2026
90 tukun tiruan dilabuhkan di perairan Papar, manfaatkan nelayan setempat

CIS digesa tetap garis masa pulih bekalan simen di Sabah

  • By Ezmie
  • September 23, 2026
CIS digesa tetap garis masa pulih bekalan simen di Sabah

YPNM Sabah mahu risiko jerebu ditangani awal

YPNM Sabah mahu risiko jerebu ditangani awal