Hanya berani cakap, tidak berani buat – AMK

IPOH – Angkatan Muda Keadilan (AMK) menyifatkan kenyataan segelintir pemimpin kerajaan yang seolah-olah menggambarkan pentadbiran negara tidak stabil sebagai sebahagian daripada perbahasan politik, dan tidak mencerminkan realiti sebenar kerajaan ketika ini.

Ketua AMK Pusat, Muhammad Kamil Abdul Munim berkata, terdapat pihak tertentu yang didakwa cuba mewujudkan gambaran ketidakstabilan politik bagi memenuhi kepentingan kelompok pimpinan tertentu dalam parti masing-masing.

Menurut beliau, situasi berkenaan perlu dilihat secara rasional kerana kestabilan politik merupakan asas penting bagi memastikan dasar serta perancangan kerajaan dapat dilaksanakan dengan berkesan, selain menjamin kelangsungan ekonomi dan kesejahteraan rakyat.

“Kita dengar ucapan-ucapan yang seolah-olah memberi gambaran keadaan tidak stabil, tidak kukuh dan sebagainya, tetapi itu adalah kenyataan politik biasa.

“Ada juga percubaan daripada kelompok tertentu yang sengaja mewujudkan keadaan tidak stabil ini bagi memenuhi kepentingan pihak tertentu dalam parti mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada Majlis Penyerahan Cek Sumbangan Peruntukan Perdana Menteri kepada 10 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Perak di Pejabat Penghulu Mukim Hulu Kinta, Tanjung Rambutan di sini, pada Khamis.

Sumbangan keseluruhan berjumlah RM117,000 itu disalurkan kepada 10 NGO, antaranya Persatuan Penganut Sri Muniswarar, Persatuan Kebajikan Komuniti Penyanyang Kuala Kangsar, Surau Kampung Sayong Hilir, Kelab Muda Mudi Inspirasi Ulu Kinta dan Pertubuhan Proaktif Rakyat Parlimen Tambun.

Mengulas dakwaan berhubung serangan politik terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Muhammad Kamil yang juga Setiausaha Politik kepada Menteri Kewangan berkata, rakyat mempunyai ruang untuk menilai sendiri pemimpin yang benar-benar melaksanakan tanggungjawab berbanding mereka yang lebih banyak berpolitik.

“Setengah orang dia berani cakap saja, tapi dia tak berani buat. Itu kita kena nilai mana pemimpin yang bekerja dan mana yang sekadar bermain politik.

“Saya ingat rakyat boleh buat penilaian dengan baik,” katanya.

Dalam pada itu, ketika ditanya mengenai kenyataan berbeza berhubung desakan supaya Pilihan Raya Umum (PRU) diadakan, beliau berkata persoalan itu sepatutnya diajukan kepada pihak yang mengeluarkan kenyataan berkenaan.

Related Posts

Kerajaan perluas subsidi elektrik, lindungi penggunaan hingga 800 kWj – PM Anwar

KUALA LUMPUR – Pengguna domestik yang menggunakan elektrik sehingga 800 kilowatt-jam (kWj) sebulan kini mendapat perlindungan subsidi bil elektrik, susulan keputusan Kerajaan MADANI memperluas had berkenaan daripada 600 kWj. Perdana…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Hari Malaysia wadah perbaharui kebersamaan rakyat

KOTA KINABALU – Sambutan Hari Malaysia perlu menjadi wadah memperbaharui rasa kebersamaan rakyat sebagai sebuah negara yang dibina daripada kepelbagaian, selain memperkukuh perpaduan dan keharmonian masyarakat. Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Hujan berterusan jejas kerja pembaikan, landasan KKIA masih ditutup

  • By Ezmie
  • September 17, 2026
Hujan berterusan jejas kerja pembaikan, landasan KKIA masih ditutup

Kerajaan perluas subsidi elektrik, lindungi penggunaan hingga 800 kWj – PM Anwar

Kerajaan perluas subsidi elektrik, lindungi penggunaan hingga 800 kWj – PM Anwar

Galeri Polis Sabah dibuka kepada awam

Galeri Polis Sabah dibuka kepada awam

Hari Malaysia wadah perbaharui kebersamaan rakyat

Hari Malaysia wadah perbaharui kebersamaan rakyat

Hanya berani cakap, tidak berani buat – AMK

Hanya berani cakap, tidak berani buat – AMK

PMO lapor polis dokumen palsu guna nama Anwar

PMO lapor polis dokumen palsu guna nama Anwar