Hari Malaysia wadah perbaharui kebersamaan rakyat

KOTA KINABALU – Sambutan Hari Malaysia perlu menjadi wadah memperbaharui rasa kebersamaan rakyat sebagai sebuah negara yang dibina daripada kepelbagaian, selain memperkukuh perpaduan dan keharmonian masyarakat.

Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Jafry Ariffin berkata, selepas 63 tahun pembentukan Malaysia, sambutan itu bukan sekadar memperingati satu tarikh, sebaliknya membawa pengertian lebih besar dalam mengingatkan rakyat mengenai sejarah, keamanan, perpaduan dan tanggungjawab bersama.

“Dengan memahami sejarah, kita akan lebih menghargai keamanan dan lebih bertanggungjawab dalam menjaga perpaduan.

“Kekayaan budaya Sabah seperti tarian, muzik, bahasa, adat, kraftangan, makanan dan cara hidup masyarakat bukan sekadar bahan persembahan, sebaliknya menjadi jambatan yang menghubungkan manusia.

“Pengenalan terhadap budaya antara satu sama lain dapat membina rasa hormat, sekali gus mengukuhkan perpaduan,” ujarnya semasa berucap pada Sambutan Hari Malaysia Peringkat Negeri Sabah Tahun 2026 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), di sini, pada Rabu.

Jafry yang juga Pengerusi Jawatankuasa Induk sambutan berkata, kesejahteraan rakyat perlu dilihat secara menyeluruh dengan pembangunan bukan hanya tertumpu kepada aspek ekonomi, tetapi turut merangkumi keharmonian masyarakat, keselamatan, kemudahan, kelestarian alam sekitar serta masa depan generasi akan datang.

“Kesejahteraan yang dinikmati hari ini tidak akan lengkap jika pembangunan menjejaskan alam yang sepatutnya diwariskan kepada anak cucu.

“Kejayaan sesebuah sambutan besar bukan hanya bergantung kepada pentas atau persembahan, tetapi lahir daripada disiplin, koordinasi, kesungguhan dan semangat bekerja sebagai satu pasukan,” tegasnya.

Tambah Jafry, tema Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2026, ‘Malaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmati’, mengajak masyarakat melihat pembangunan daripada perspektif manusia, termasuk peluang ekonomi, keharmonian masyarakat, keselamatan, akses kepada kemudahan, persekitaran yang sihat serta masa depan lebih baik untuk generasi akan datang.

Tambahnya lagi, kehadiran rakyat pada sambutan berkenaan turut membuktikan semangat patriotisme terus hidup dan Hari Malaysia mempunyai tempat istimewa di hati rakyat Sabah.

Dalam pada itu, beliau merakamkan penghargaan kepada kementerian, jabatan, agensi, pasukan keselamatan dan kecemasan, pasukan teknikal, penggiat seni dan budaya, petugas serta sukarelawan yang terlibat dalam menjayakan sambutan berkenaan.

Related Posts

Kerajaan perluas subsidi elektrik, lindungi penggunaan hingga 800 kWj – PM Anwar

KUALA LUMPUR – Pengguna domestik yang menggunakan elektrik sehingga 800 kilowatt-jam (kWj) sebulan kini mendapat perlindungan subsidi bil elektrik, susulan keputusan Kerajaan MADANI memperluas had berkenaan daripada 600 kWj. Perdana…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Hanya berani cakap, tidak berani buat – AMK

IPOH – Angkatan Muda Keadilan (AMK) menyifatkan kenyataan segelintir pemimpin kerajaan yang seolah-olah menggambarkan pentadbiran negara tidak stabil sebagai sebahagian daripada perbahasan politik, dan tidak mencerminkan realiti sebenar kerajaan ketika…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Hujan berterusan jejas kerja pembaikan, landasan KKIA masih ditutup

  • By Ezmie
  • September 17, 2026
Hujan berterusan jejas kerja pembaikan, landasan KKIA masih ditutup

Kerajaan perluas subsidi elektrik, lindungi penggunaan hingga 800 kWj – PM Anwar

Kerajaan perluas subsidi elektrik, lindungi penggunaan hingga 800 kWj – PM Anwar

Galeri Polis Sabah dibuka kepada awam

Galeri Polis Sabah dibuka kepada awam

Hari Malaysia wadah perbaharui kebersamaan rakyat

Hari Malaysia wadah perbaharui kebersamaan rakyat

Hanya berani cakap, tidak berani buat – AMK

Hanya berani cakap, tidak berani buat – AMK

PMO lapor polis dokumen palsu guna nama Anwar

PMO lapor polis dokumen palsu guna nama Anwar