Kerajaan MADANI rasmi serah Pelabuhan Bintulu kepada Sarawak

KUCHING – Komitmen Kerajaan MADANI dalam memperkasakan hak dan tuntutan di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dimanifestasikan sepenuhnya apabila pentadbiran Pelabuhan Bintulu kini diserahkan secara rasmi kepada kerajaan Sarawak berkuat kuasa 1 September lalu.

Kesungguhan kerajaan Persekutuan merealisasikan penyerahan itu disaksikan sendiri oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama-sama Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg sempena kemeriahan sambutan Hari Malaysia ke-63 di Kuching pada Rabu.

Dalam majlis bersejarah di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (LTAK) itu, dokumen rasmi penyerahan telah disempurnakan oleh Menteri Pengangkutan, Anthony Loke kepada Timbalan Premier merangkap Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas.

Dari sudut perundangan, pemudahan cara oleh kerajaan MADANI dicapai menerusi penguatkuasaan Akta Pengisytiharan Suatu Kawasan Dalam Daerah Bintulu Menjadi Suatu Pelabuhan Persekutuan (Pemansuhan) 2024 (Akta 858) serta Akta Lembaga Pelabuhan Bintulu (Pembubaran) 2024 (Akta 859).

Ini sekali gus mengubah status Pelabuhan Bintulu daripada sebuah pelabuhan persekutuan kepada pelabuhan negeri.

Menurut kenyataan Kementerian Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan Sarawak (MIPD), proses pengambilalihan yang dipersetujui Kerajaan Persekutuan sejak Oktober 2023 itu melibatkan pembayaran pampasan sebanyak RM1.8 bilion oleh kerajaan Sarawak.

Pemindahan urus tadbir itu mencakupi penyerahan kesemua harta, hak, kepentingan, serta obligasi Lembaga Pelabuhan Bintulu (LPB) yang kini secara rasminya dibubarkan. Fungsi sebagai pihak berkuasa pelabuhan pula diambil alih oleh Bintulu Port Authority (Sarawak), sebuah badan berkanun negeri yang telah ditubuhkan.

Langkah pengambilalihan infrastruktur strategik berkenaan merupakan satu lagi pencapaian penting bagi landskap sosioekonomi tempatan, khususnya dalam melonjakkan sokongan terhadap aktiviti perindustrian berskala besar dan operasi eksport gas asli cecair (LNG) Sarawak ke pasaran global.

Foto: Jabatan Penerangan Sarawak

Related Posts

Proklamasi 19 April tidak sah, MB dan MMK tiada kuasa kosongkan jawatan YDPB – AGC

PUTRAJAYA – Jabatan Peguam Negara (AGC) berpandangan Proklamasi mengenai kedudukan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir bertarikh 19 April 2026 adalah tidak sah kerana tidak mematuhi kehendak…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Hujan berterusan jejas kerja pembaikan, landasan KKIA masih ditutup

KOTA KINABALU – Landasan Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) masih ditutup sementara bagi membolehkan kerja pembaikan penting diselesaikan dengan selamat, dengan 20 penerbangan terjejas setakat hari ini. Malaysia Airports…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Proklamasi 19 April tidak sah, MB dan MMK tiada kuasa kosongkan jawatan YDPB – AGC

Proklamasi 19 April tidak sah, MB dan MMK tiada kuasa kosongkan jawatan YDPB – AGC

Hujan berterusan jejas kerja pembaikan, landasan KKIA masih ditutup

  • By Ezmie
  • September 17, 2026
Hujan berterusan jejas kerja pembaikan, landasan KKIA masih ditutup

Kerajaan perluas subsidi elektrik, lindungi penggunaan hingga 800 kWj – PM Anwar

Kerajaan perluas subsidi elektrik, lindungi penggunaan hingga 800 kWj – PM Anwar

Galeri Polis Sabah dibuka kepada awam

Galeri Polis Sabah dibuka kepada awam

Hari Malaysia wadah perbaharui kebersamaan rakyat

Hari Malaysia wadah perbaharui kebersamaan rakyat

Hanya berani cakap, tidak berani buat – AMK

Hanya berani cakap, tidak berani buat – AMK