Capaian internet BCCK ditingkatkan kepada 2 Gbps sempena Hari Malaysia 2026

KUCHING – Kementerian Komunikasi memberi jaminan bahawa kelancaran capaian internet di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) berada pada tahap optimum bagi menampung keperluan sekitar 5,000 tetamu sempena malam kemuncak Sambutan Hari Malaysia 2026.

Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching berkata, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) bersama-sama syarikat telekomunikasi memulakan gerak kerja di tapak acara sejak Ahad lalu bagi memastikan penyediaan infrastruktur rangkaian berjalan dengan lancar.

“Bagi memastikan setiap tetamu dan petugas media yang hadir pada malam ini dapat menikmati capaian internet yang pantas, beberapa langkah penambahbaikan sementara telah dilaksanakan. Ini termasuk penyediaan fasiliti capaian (Access Point) di dalam dewan serta penempatan kenderaan Cell on Wheels (COW).

“Malah, pihak Telekom Malaysia (TM) juga telah menaik taraf kelajuan internet daripada perancangan awal 800 Megabit sesaat (Mbps) kepada 2 Gigabit sesaat (Gbps),” katanya.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan lawatan tinjauan ke Pusat Operasi Rangkaian (NOC) di BCCK pada Rabu. 

Lawatan tersebut turut disertai oleh barisan pengurusan tertinggi MCMC termasuk Pengarah MCMC Sarawak.

Teo turut merakamkan penghargaan kepada syarikat penyedia perkhidmatan telekomunikasi seperti TM, CelcomDigi, Maxis, U Mobile, XOX, dan Digital Nasional Berhad (DNB) atas komitmen strategik mereka dalam menjayakan kelancaran sambutan bersejarah tersebut.

Related Posts

Tabung Kasih@HAWANA santuni waris tokoh wartawan Sarawak, mendiang James Alexander Ritchie

KUCHING – Kementerian Komunikasi menerusi inisiatif Tabung Kasih@HAWANA X TM terus menghargai jasa para pengamal media dengan menyantuni waris tokoh wartawan veteran Sarawak, mendiang James Alexander Ritchie di kediamannya pada…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Penggiat seni meriahkan Kuantan Flash Mob sempena Hari Malaysia

KUANTAN – Lebih 130 penggiat seni memeriahkan sambutan Hari Malaysia melalui penganjuran Kuantan Flash Mob – Kita Malaysia di Kompleks Belia dan Sukan (KOMBES) Pahang, di sini hari ini. Bertemakan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

‘Wan Azizah banyak urus keluarga, saya bukan bapa ideal’ – PMX

‘Wan Azizah banyak urus keluarga, saya bukan bapa ideal’ – PMX

Anwar tetap pilih reformasi walaupun dipukul setengah mati dalam lokap

Anwar tetap pilih reformasi walaupun dipukul setengah mati dalam lokap

Keputusan hebahkan RCI TH dilaksana Jemaah Menteri bukan Anwar Ibrahim

Keputusan hebahkan RCI TH dilaksana Jemaah Menteri bukan Anwar Ibrahim

PM jemput Presiden Myanmar bincang isu Rohingya

PM jemput Presiden Myanmar bincang isu Rohingya

Tabung Kasih@HAWANA santuni waris tokoh wartawan Sarawak, mendiang James Alexander Ritchie

Tabung Kasih@HAWANA santuni waris tokoh wartawan Sarawak, mendiang James Alexander Ritchie

MCMC pantau media sosial secara berterusan, kerjasama rapat dengan PDRM

MCMC pantau media sosial secara berterusan, kerjasama rapat dengan PDRM