KRT Sandakan, Libaran perkukuh perpaduan masyarakat pelbagai kaum – Suhaimi

SANDAKAN – Komuniti Rukun Tetangga (KRT) di daerah ini dan kawasan Libaran memainkan peranan penting dalam memperkukuh perpaduan serta mengeratkan hubungan masyarakat pelbagai kaum.

Ahli Parlimen Libaran, Datuk Suhaimi Nasir berkata, terdapat kira-kira 46 KRT di Sandakan manakala lebih 30 KRT di Libaran yang menunjukkan semangat perpaduan dan kesatuan yang kuat.

“Semangat itu dapat dilihat menerusi penglibatan anggota KRT dalam setiap program yang dianjurkan Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) serta jabatan kerajaan.

“Saya melihat KRT yang ada di daerah Sandakan ini, terutama sekali ada lebih kurang 46 KRT dan di Libaran lebih kurang 30 KRT.

“Saya dapat melihat perpaduan dan kesatuan mereka cukup kuat. Setiap kali program yang dianjurkan oleh JPNIN, mereka semua sentiasa peka dan begitu juga jabatan-jabatan kerajaan,” ujarnya kepada media selepas Majlis Perasmian Program Semarak Perpaduan, Daerah Sandakan di Program Perumahan Rakyat (PPR) Taman Murni, di sini pada Rabu.

Suhaimi berkata, orang awam turut diseru supaya sentiasa bersama komuniti KRT kerana ia menjadi antara wadah penting dalam menyatukan dan mengeratkan perpaduan dalam kalangan masyarakat.

“Komuniti ini yang dapat menyatukan dan mengeratkan perpaduan dalam kalangan semua kaum.

“Saya melihat kemeriahan dan keinginan rakyat Malaysia, terutamanya rakyat Sabah di daerah Sandakan ini, mengharapkan perpaduan sentiasa terwujud dalam kalangan semua suku kaum dan pelbagai agama,” ujarnya.

Menurutnya, perpaduan yang kukuh penting bagi memastikan kesejahteraan serta keamanan negara terus terpelihara.

“Seluruh rakyat, khususnya masyarakat di Sandakan, teruslah menjaga perpaduan dan bersatu dalam menghadapi apa jua situasi pada masa depan.

“Kesatuan dan kebersamaan kita penting demi perpaduan dan keharmonian seluruh rakyat Sandakan,” katanya.

Program berkenaan dianjurkan JPNIN bersama jabatan-jabatan kerajaan di daerah Sandakan.

Related Posts

Proklamasi 19 April tidak sah, MB dan MMK tiada kuasa kosongkan jawatan YDPB – AGC

PUTRAJAYA – Jabatan Peguam Negara (AGC) berpandangan Proklamasi mengenai kedudukan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir bertarikh 19 April 2026 adalah tidak sah kerana tidak mematuhi kehendak…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Hujan berterusan jejas kerja pembaikan, landasan KKIA masih ditutup

KOTA KINABALU – Landasan Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) masih ditutup sementara bagi membolehkan kerja pembaikan penting diselesaikan dengan selamat, dengan 20 penerbangan terjejas setakat hari ini. Malaysia Airports…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Proklamasi 19 April tidak sah, MB dan MMK tiada kuasa kosongkan jawatan YDPB – AGC

Proklamasi 19 April tidak sah, MB dan MMK tiada kuasa kosongkan jawatan YDPB – AGC

Hujan berterusan jejas kerja pembaikan, landasan KKIA masih ditutup

  • By Ezmie
  • September 17, 2026
Hujan berterusan jejas kerja pembaikan, landasan KKIA masih ditutup

Kerajaan perluas subsidi elektrik, lindungi penggunaan hingga 800 kWj – PM Anwar

Kerajaan perluas subsidi elektrik, lindungi penggunaan hingga 800 kWj – PM Anwar

Galeri Polis Sabah dibuka kepada awam

Galeri Polis Sabah dibuka kepada awam

Hari Malaysia wadah perbaharui kebersamaan rakyat

Hari Malaysia wadah perbaharui kebersamaan rakyat

Hanya berani cakap, tidak berani buat – AMK

Hanya berani cakap, tidak berani buat – AMK