Belanjawan 2025: Mosti harap peruntukan R&D dipertingkat

KUALA LUMPUR – Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (Mosti) berharap agar peruntukan bagi penyelidikan dan pembangunan (R&D) dipertingkat.

Justeru, Menterinya, Chang Lih Kang mengemukakan saran supaya Belanjawan 2025 akan datang dapat ditingkatkan untuk memperkukuh sektor inovasi.

“Saya ingin menekankan betapa pentingnya kita meningkatkan pelaburan dalam R&D untuk memperkukuhkan sektor inovasi negara.

“Dalam Belanjawan 2025 yang akan datang, Mosti berharap agar peruntukan bagi R&D dipertingkatkan.

“Ini adalah langkah penting bagi mencapai sasaran Malaysia untuk berada dalam kedudukan 30 teratas dunia dalam Indeks Inovasi Global (GII) menjelang 2025,” kata Lih Kang dalam kenyataan pada Isnin.

Menurut beliau, pada tahun 2024, Malaysia berjaya menduduki tangga ke-33 dalam GII, meningkat tiga anak tangga selepas tiga tahun berada di kedudukan ke-36.

Kata Lih Kang lagi, peningkatan ini membuktikan bahawa negara kita sedang berada di landasan yang betul dalam memajukan inovasi, tetapi masih banyak yang perlu dilakukan untuk mengekalkan momentum ini dan mencapai sasaran lebih tinggi.

“Salah satu langkah kritikal adalah dengan mempertingkatkan pelaburan dalam R&D, terutamanya dalam sektor swasta.

“Ketika ini, Perbelanjaan Kasar Penyelidikan dan Pembangunan (GERD) Malaysia hanya mencatatkan kadar satu peratus, jauh di belakang negara-negara maju lain.

“Manakala, pelaburan R&D dalam sektor swasta masih rendah, dan kami berharap agar kerajaan dapat memperkenalkan inisiatif yang merangsang lebih banyak pelaburan daripada pihak swasta. Ini adalah elemen penting dalam memastikan inovasi terus berkembang dan menyumbang kepada ekonomi negara,” ujar beliau.

Selain daripada itu, jelas Lih Kang, Mosti juga komited untuk mempromosikan sains kepada generasi muda, terutama sekali di peringkat sekolah rendah.

“Kanak-kanak adalah masa depan kita, dan mereka perlu didedahkan kepada kepentingan sains dan teknologi sejak awal lagi. Dengan memberi inspirasi kepada mereka, kita mampu melahirkan lebih ramai inovator dan saintis yang akan membawa Malaysia lebih jauh dalam bidang ini.

“Kami di Mosti juga mahu memperkukuhkan ekosistem syarikat pemula (startups) dalam bidang teknologi.

“Syarikat pemula adalah penggerak utama kepada inovasi dan pertumbuhan ekonomi, dan dengan sokongan yang betul, mereka mampu menjadi pemangkin kepada kemajuan teknologi negara.

“Bersama-sama, kita boleh membina ekosistem inovasi yang kukuh dan bersedia untuk menghadapi cabaran global,” kata beliau.

Related Posts

Legenda Harimau Malaya Abdah Alif kahwini gadis 20 tahun

TULAR di media sosial beberapa keping gambar legenda Harimau Malaya, Datuk Abdah Alif, 72, berkahwin dengan gadis berusia 20 tahun. Bagaimanapun adiknya, Datuk Yunus Alif mengesahkan majlis perkahwinan itu berlangsung…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Dakwaan AS mahu jatuhkan kerajaan 2014, kenapa Pas baru dedahkan?

KUALA LUMPUR – Dakwaan campur tangan Amerika Syarikat (AS) memberi bantuan kepada Pas untuk menjatuhkan kerajaan Malaysia pada 2014 bukan isu yang boleh didiamkan hampir sedekad sebelum didedahkan susulan menyentuh…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

MTPMA63 berlangsung di Sabah, Jumaat ini

  • By Ithma
  • September 7, 2026
MTPMA63 berlangsung di Sabah, Jumaat ini

Legenda Harimau Malaya Abdah Alif kahwini gadis 20 tahun

Legenda Harimau Malaya Abdah Alif kahwini gadis 20 tahun

Dua lelaki warga asing positif dadah ditahan kes curi motosikal

Dua lelaki warga asing positif dadah ditahan kes curi motosikal

Dua pembantu taska direman enam hari bantu siasatan kes ‘dera’ kanak-kanak

Dua pembantu taska direman enam hari bantu siasatan kes ‘dera’ kanak-kanak

Dakwaan AS mahu jatuhkan kerajaan 2014, kenapa Pas baru dedahkan?

Dakwaan AS mahu jatuhkan kerajaan 2014, kenapa Pas baru dedahkan?

SPRM buka kertas siasatan isu kelewatan agihan baja di Kedah

SPRM buka kertas siasatan isu kelewatan agihan baja di Kedah