Isu jenaka agama: ADUN Tellian buat laporan polis, gesa henti sentuh 3R

MUKAH – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tellian, Royston Valentine tampil membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Mukah pada Selasa berhubung ucapan seorang pemimpin politik yang didakwa menyentuh sensitiviti agama baru-baru ini.

Beliau yang hadir berseorangan pada jam 11.00 pagi telah meluangkan masa lebih tiga jam bagi memberi keterangan kepada pegawai penyiasat untuk membantu siasatan kes berkenaan.

Royston menegaskan bahawa tindakan tersebut dibuat atas kapasiti peribadi serta tanggungjawabnya sebagai seorang penganut Kristian demi memelihara keharmonian masyarakat majmuk, tanpa melibatkan sebarang sentimen atau ideologi politik.

“Saya hadir berseorangan tanpa kehadiran ahli-ahli parti kerana ini bukan soal politik, sebaliknya tanggungjawab mempertahankan sensitiviti agama demi mengelakkan perkara seumpama ini berulang lagi.

“Isu menyentuh 3R (Agama, Kaum, dan Institusi Diraja) tidak seharusnya dipertaruhkan atau dijadikan bahan perbandingan yang boleh menimbulkan salah faham dan ketegangan,” katanya.

Sambil menyerahkan kes tersebut sepenuhnya kepada pihak polis untuk disiasat secara adil dan profesional, beliau turut mengingatkan semua pihak agar mempraktikkan kebebasan bersuara dengan penuh rasa tanggungjawab, terutamanya apabila ia membabitkan adat dan kepercayaan di negara ini.

“Dalam masyarakat majmuk seperti Malaysia, apa yang dianggap jenaka dewasa (adult joke) di Barat belum tentu boleh diterima di sini, terutamanya yang melibatkan agama. Jenaka itu subjektif, tetapi rasa hormat itu sejagat (humour is subjective, but respect is universal),” tegasnya lagi.

Related Posts

TYT Sarawak terima warkah jemputan Sambutan Hari Malaysia 2026

KUCHING – Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Wan Junaidi Tuanku Jaafar menerima warkah jemputan rasmi bagi menghadiri Sambutan Hari Malaysia Peringkat Kebangsaan 2026 yang akan berlangsung di Pusat…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Tabung Kasih @HAWANA salur lebih RM729,000 santuni warga media seluruh negara

KUCHING – Kementerian Komunikasi menerusi inisiatif Tabung Kasih @HAWANA terus komited menyantuni dan menjaga kebajikan pengamal media, dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM729,300 telah disalurkan kepada 845 penerima di seluruh negara…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Mahkamah lepas, bebas Muhyiddin daripada empat pertuduhan RM200 juta

Mahkamah lepas, bebas Muhyiddin daripada empat pertuduhan RM200 juta

TYT Sarawak terima warkah jemputan Sambutan Hari Malaysia 2026

TYT Sarawak terima warkah jemputan Sambutan Hari Malaysia 2026

Tabung Kasih @HAWANA salur lebih RM729,000 santuni warga media seluruh negara

Tabung Kasih @HAWANA salur lebih RM729,000 santuni warga media seluruh negara

Isu Baja 3: Mohamad Sabu hantar notis tuntutan kepada pengguna Facebook

Isu Baja 3: Mohamad Sabu hantar notis tuntutan kepada pengguna Facebook

JPJ buka bidaan siri H sempena Hari Malaysia

JPJ buka bidaan siri H sempena Hari Malaysia

Isu jenaka agama: ADUN Tellian buat laporan polis, gesa henti sentuh 3R

Isu jenaka agama: ADUN Tellian buat laporan polis, gesa henti sentuh 3R