Isu Baja 3: Mohamad Sabu hantar notis tuntutan kepada pengguna Facebook

SHAH ALAM – Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM), Datuk Seri Mohamad Sabu menghantar notis tuntutan kepada pengguna Facebook berhubung dakwaan berkaitan kelewatan pengagihan bekalan baja sebatian tambahan (Baja 3) kepada pesawah di Kedah.

Mohamad berkata, notis berkenaan dihantar kepada beberapa pemilik akaun termasuklah Tam RJebat yang dikenal pasti membuat kenyataan serupa.

“Nak bersuara, tak ada masalah. Tapi kalau dah sampai menuduh tanpa bukti, buat sangkaan jahat, itu dah cerita lain,” katanya menerusi hantaran di media sosial pada Selasa.

Dalam hantaran berkenaan, Mohamad turut memuat naik tangkap layar kenyataan Tam RJebat yang mempersoalkan siasatan berkaitan isu bekalan baja di Kedah.

Menerusi kenyataan itu, Tam RJebat mendakwa individu yang ditahan untuk siasatan adalah kontraktor, sedangkan Menteri KPKM dan Kementerian Kewangan didakwa terlepas daripada tindakan.

Dia turut mendakwa pihak yang sebelum ini lantang mengkritik isu penyelewengan turut terpalit dengan dakwaan sama.

Mengulas perkara itu, Mohamad berkata, media sosial sememangnya menyediakan ruang kepada masyarakat untuk bersuara, namun setiap kenyataan yang dibuat perlu disertai tanggungjawab.

Dalam pada itu, beliau berkata KPKM akan terus memperkukuh pemantauan terhadap aspek tata kelola, integriti dan pengurusan kewangan di semua agensi serta anak syarikat di bawah kementerian berkenaan.

Menurutnya, setiap organisasi di bawah KPKM perlu diurus secara telus, berintegriti serta mematuhi sepenuhnya peraturan dan tatacara yang ditetapkan.

“Sebarang kelemahan dalam pengurusan, ketidakpatuhan atau perkara yang boleh menjejaskan kepentingan awam hendaklah dikenal pasti dan diambil tindakan sewajarnya.

“Pengurusan agensi dan anak syarikat juga perlu memastikan setiap keputusan, perolehan serta penggunaan dana awam dilaksanakan dengan penuh tanggungjawab dan boleh dipertanggungjawabkan.

“KPKM tidak akan berkompromi dalam soal integriti dan tata kelola. Amanah rakyat mesti dijaga dan setiap ringgit wang awam perlu diurus dengan sebaik-baiknya,” ujarnya.

Related Posts

Gempa bumi bermagnitud 5.0 dikesan di perairan Sandakan

SANDAKAN – Gempa bumi sederhana bermagnitud 5.0 berlaku di perairan Sandakan, Sabah pada jam 9.11 malam tadi. Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menerusi kenyataan di Facebook pada Isnin, memaklumkan gempa itu…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Kerajaan Kelantan, Pentadbir Tanah Pasir Mas diperintah bayar ganti rugi RM17.46 juta

KOTA BHARU – Kerajaan Kelantan dan Pentadbir Tanah Daerah Pasir Mas diperintah membayar ganti rugi berjumlah RM17.46 juta kepada 348 peserta FELCRA Bukit Tandak berhubung pengeluaran tender pembalakan pokok getah…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Imigresen serbu resort terbiar jadi pusat sindiket penipuan antarabangsa

Imigresen serbu resort terbiar jadi pusat sindiket penipuan antarabangsa

Sabah jadi tumpuan pendaki dunia, 250 peserta sertai Kinabalu Climbathon edisi ke-33

Sabah jadi tumpuan pendaki dunia, 250 peserta sertai Kinabalu Climbathon edisi ke-33

GRS sasar lebih 15 kerusi Parlimen Sabah pada PRU akan datang

GRS sasar lebih 15 kerusi Parlimen Sabah pada PRU akan datang

Gempa bumi bermagnitud 5.0 dikesan di perairan Sandakan

  • By Fandi
  • October 6, 2026
Gempa bumi bermagnitud 5.0 dikesan di perairan Sandakan

Kerajaan Kelantan, Pentadbir Tanah Pasir Mas diperintah bayar ganti rugi RM17.46 juta

Kerajaan Kelantan, Pentadbir Tanah Pasir Mas diperintah bayar ganti rugi RM17.46 juta

Pahang terbuka untuk jumpa bincang dengan wakil Berjaya Hills

Pahang terbuka untuk jumpa bincang dengan wakil Berjaya Hills