Lafaz ikrar bukan sekadar rutin, gimik – Kasim

KOTA KINABALU – Lafaz ikrar mahasiswa baharu Universiti Malaysia Sabah (UMS) bukan sekadar acara rutin atau gimik bagi memenuhi jadual Minggu Suai Mesra, sebaliknya menjadi kontrak moral, sosial dan undang-undang yang mengikat mereka kepada prinsip kecemerlangan serta integriti.

Naib Canselor UMS, Profesor Datuk Dr Kasim Mansor berkata, ikrar berkenaan turut mencerminkan tanggungjawab mahasiswa terhadap diri sendiri, ibu bapa dan keluarga serta universiti.

“Mahasiswa perlu menetapkan azam tinggi, berdisiplin dan tidak mudah mengalah ketika berdepan cabaran akademik.

“Pada masa sama, mahasiswa perlu memelihara kepercayaan ibu bapa dan keluarga, menghargai pengorbanan mereka serta menjaga nama baik universiti dengan mematuhi peraturan dan undang-undang kampus,” katanya semasa berucap pada Majlis Lafaz Ikrar dan Aku Janji Minggu Suai Mesra Sesi 2026/2027 Kali Ke-32 di Dewan Canselor UMS, di sini, pada Selasa.

Dalam pada itu, beliau turut mengingatkan mahasiswa supaya tidak hanya mengejar pencapaian akademik, sebaliknya membina kecemerlangan secara holistik melalui penglibatan dalam persatuan, sukan, seni dan aktiviti kesukarelawanan bagi melahirkan graduan yang memiliki kecerdasan emosi, kemahiran komunikasi, keupayaan menyelesaikan masalah serta kepimpinan.

Terdahulu, seramai 6,171 pelajar ditawarkan pengajian prasiswazah di Universiti Malaysia Sabah (UMS) bagi kemasukan sesi 2026/2027. Daripada jumlah itu, seramai 5,251 pelajar mendaftar di Kampus Kota Kinabalu, 698 pelajar di Kampus Antarabangsa Labuan (UMSKAL), manakala 222 pelajar lagi di Fakulti Pertanian Lestari Kampus Sandakan.

Related Posts

Se­pak anak di restoran, anggota tentera mengaku tidak bersalah

KOTA BHARU – Seorang anggota tentera mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan menganiaya anak perempuannya yang berusia 5 tahun dengan menyepak mangsa di sebuah…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sindiket seludup rokok tumpas, RM4.89 juta dirampas

SANDAKAN – Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 4 Sabah membongkar kegiatan penyeludupan rokok tidak bercukai dengan nilai rampasan keseluruhan dianggarkan RM4.89 juta di Sungai (Sg) Seguntur, di sini pada Selasa…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

PMO lapor polis dokumen palsu guna nama Anwar

PMO lapor polis dokumen palsu guna nama Anwar

Se­pak anak di restoran, anggota tentera mengaku tidak bersalah

Se­pak anak di restoran, anggota tentera mengaku tidak bersalah

Subsidi terus pada pesawah elak risiko ketirisan ‘orang tengah’

Subsidi terus pada pesawah elak risiko ketirisan ‘orang tengah’

Sindiket seludup rokok tumpas, RM4.89 juta dirampas

  • By Ezmie
  • September 17, 2026
Sindiket seludup rokok tumpas, RM4.89 juta dirampas

EXCO sebulat suara setuju proklamasi penurunan takhta Tuanku Muhriz – Ismail

EXCO sebulat suara setuju proklamasi penurunan takhta Tuanku Muhriz –  Ismail

Bekalan air merosot, El Nino beri masalah kepada pesawah

Bekalan air merosot, El Nino beri masalah kepada pesawah