Berang lamaran ditolak, lelaki mengamuk hunus parang dan pukul kekasih

SARATOK – Tindakan seorang wanita menolak lamaran teman lelakinya mengundang padah apabila dia diserang menggunakan parang dan dipukul dengan kayu palet dalam satu insiden di sebuah kebun kelapa sawit di Kampung Nyabor pada 10 September lalu.

Ketua Polis Daerah Saratok, Deputi Superintenden (DSP) Mathew Manggie berkata, suspek berusia 50 tahun yang berasal dari Kabong itu berjaya ditahan oleh sepasukan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Daerah (BSJD) pada Ahad.

Penahanan yang diketuai oleh Inspektor Henry Muji itu dilakukan di tepi Jalan Dato Edward Jerah kira-kira jam 3.00 petang susulan laporan yang diterima daripada mangsa.

“Siasatan awal mendapati kejadian berpunca daripada pertengkaran selepas pengadu (mangsa) yang berusia 35 tahun menolak hasrat suspek untuk berkahwin berikutan belum bersedia.

“Suspek yang berang kemudiannya mengambil sebilah parang dari bonet kereta lalu menghunuskannya ke arah pengadu sebanyak dua kali, namun mangsa bernasib baik kerana berjaya mengelak,” katanya menerusi satu kenyataan.

Menurut Mathew, suspek seterusnya bertindak agresif memukul mangsa menggunakan kayu palet sehingga mengakibatkan kecederaan pada jari kiri, luka di tangan kanan, serta kesan lebam pada bahagian belakang badan.

Malah, lelaki terbabit turut mengugut untuk membunuh mangsa sekiranya wanita itu berani menjalin hubungan dengan individu lain.

Hasil siasatan lanjut mendedahkan bahawa pasangan berkenaan telah menjalinkan hubungan kekasih selama lapan tahun. Mangsa dilaporkan enggan mendirikan rumah tangga kerana sikap suspek yang panas baran, tidak mempunyai pekerjaan tetap, serta kerap terlibat dengan najis dadah.

Dakwaan tersebut dikukuhkan apabila ujian saringan awal air kencing mendapati suspek positif dadah jenis amphetamine (Amp) dan methamphetamine (Meth).

Kes kini disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan kecederaan menggunakan senjata berbahaya, dan Seksyen 506 kanun yang sama atas kesalahan menakutkan secara jenayah.

Dengan penahanan suspek tersebut, pihak polis mengklasifikasikan kes berkenaan sebagai berjaya diselesaikan.

Related Posts

Jerebu semakin meruncing, Maxim edar pelitup muka percuma buat penumpang

KUCHING – Syarikat penyedia perkhidmatan e-panggilan, Maxim Malaysia mengambil inisiatif proaktif mengedarkan pelitup muka secara percuma kepada penumpangnya di sekitar bandar raya ini susulan keadaan jerebu yang semakin meruncing. Keadaan…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Lambakan buah tempatan berpotensi jana pendapatan tambahan komuniti luar bandar

SARATOK – Lambakan buah-buahan bermusim di kawasan luar bandar berpotensi besar untuk dikomersialkan menjadi produk makanan bernilai tambah, sekali gus membuka peluang penjanaan pendapatan baharu kepada komuniti setempat. Ahli Dewan…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

SPRM ingatkan masyarakat jangan mudah percaya maklumat tular

SPRM ingatkan masyarakat jangan mudah percaya maklumat tular

Leeds belasah Newcastle 4-1

Leeds belasah Newcastle 4-1

Jerebu semakin meruncing, Maxim edar pelitup muka percuma buat penumpang

Jerebu semakin meruncing, Maxim edar pelitup muka percuma buat penumpang

Lambakan buah tempatan berpotensi jana pendapatan tambahan komuniti luar bandar

Lambakan buah tempatan berpotensi jana pendapatan tambahan komuniti luar bandar

Proklamasi pelucutan Tuanku Muhriz bercanggah adat, undang-undang – Pakar

Proklamasi pelucutan Tuanku Muhriz bercanggah adat, undang-undang – Pakar

Salleh gesa Noorazli mohon maaf secara terbuka

  • By Ezmie
  • September 15, 2026
Salleh gesa Noorazli mohon maaf secara terbuka