Bot pancing ditahan operasi tanpa lesen

KUCHING – Sebuah bot pancing ditahan oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Sarawak pada Jumaat lalu sekitar 4.14 petang.

Penahanan ini dilakukan semasa rondaan Operasi Permai dan Operasi Tiris di perairan Kuching, Sarawak, melibatkan bot ronda Maritim Malaysia.

Menurut Pengarah Maritim Negeri Sarawak, Laksamana Pertama Maritim Haji Kamal Ariffin Jusoh, bot pancing tersebut ditahan di kedudukan 1.5 batu nautika Timur Laut Pulau Talang Talang Besar.

“Pemeriksaan mendapati 10 pemancing termasuk tekong warga tempatan di atas bot itu disyaki melanggar Ordinan Perkapalan Saudagar (MSO) 1952 dan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” jelas beliau.

Tambah beliau, kesalahan yang dikenal pasti ialah beroperasi tanpa lesen bot sah serta sijil peruntukan radas yang tamat tempoh.

Vesel yang ditahan dibawa ke Jeti KOMTAS untuk tindakan lanjut oleh Pegawai Penyiasat Maritim Negeri Sarawak.

Maritim Negeri Sarawak menegaskan mereka tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang melanggar undang-undang perairan negara, terutamanya di perairan Sarawak.

Orang ramai digalakkan melaporkan sebarang aduan atau kecemasan di laut melalui talian kecemasan 999 atau terus menghubungi Pusat Operasi Maritim Negeri Sarawak di talian 082-432544.

Related Posts

FELDA Jengka 24 sasarkan pemasangan 10,000 Jalur Gemilang

JERANTUT – Warga FELDA Jengka 24 memperkukuh semangat patriotisme apabila sekali lagi menyasarkan pemasangan 10,000 Jalur Gemilang sempena sambutan bulan kemerdekaan, tahun ini. Ketua Peneroka FELDA Jengka 24, Razak Daud…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Sarawak lancar Sovereign AI, perkukuh keselamatan data strategik kerajaan

KUCHING – Kerajaan Sarawak melancarkan Platform Infrastruktur Sovereign AI bagi memperkukuh sistem pengurusan dan perlindungan data strategik kerajaan, sekali gus mempercepatkan capaian perkhidmatan kepada rakyat. Premier Sarawak, Tan Sri Abang…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Mansuh AUKU lembaran baharu buat mahasiswa, segera laksana atau hanya sekadar janji di atas kertas

Mansuh AUKU lembaran baharu buat mahasiswa, segera laksana atau hanya sekadar janji di atas kertas

Pindaan Akta Tabung Haji penting perkukuh tadbir urus, elak kelemahan berulang

Pindaan Akta Tabung Haji penting perkukuh tadbir urus, elak kelemahan berulang

Belanjawan 2027 fokus tingkat pendapatan, peluang pekerjaan berkualiti

Belanjawan 2027 fokus tingkat pendapatan, peluang pekerjaan berkualiti

Dasar tidak popular perlu dilaksana demi kepentingan jangka panjang – Amir Hamzah

Dasar tidak popular perlu dilaksana demi kepentingan jangka panjang – Amir Hamzah

FELDA Jengka 24 sasarkan pemasangan 10,000 Jalur Gemilang

FELDA Jengka 24 sasarkan pemasangan 10,000 Jalur Gemilang

TH sambut baik pindaan Akta Tabung Haji, perkukuh tatakelola institusi

TH sambut baik pindaan Akta Tabung Haji, perkukuh tatakelola institusi