Selesai BRICS, PMX mulakan siri kedua lawatan kerja ke Keralam

NEW DELHI – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memulakan fasa kedua lawatan kerjanya ke India dengan tiba di negeri bersejarah Keralam (nama baharu bagi Kerala) malam ini, sejurus memuktamadkan penyertaan pada Sidang Kemuncak BRICS ke-18 di New Delhi.

Pesawat khas membawa Perdana Menteri mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Calicut petang tadi sebelum beliau terus bergerak ke institusi pengajian Islam tersohor, Markazu Saquafathi Sunniyya di Karanthur.

Sejurus ketibaan di institusi berkenaan, Anwar mengadakan pertemuan muhibah bersama Mufti Besar India yang juga tokoh ulama berpengaruh antarabangsa, Sheikh Abubakr Ahmad.

Pertemuan empat mata itu menjadi medan penting kedua-dua tokoh saling bertukar pandangan mengenai agenda pembangunan masyarakat, pemerkasaan sistem pendidikan, serta usaha memperkukuh persefahaman dan keharmonian antara agama.

Majlis tersebut turut disusuli dengan majlis resepsi dan doa selamat, memperlihatkan komitmen berterusan kepimpinan Malaysia dalam memelihara diplomasi ilmu dan hubungan silaturahim bersama institusi keilmuan Islam global.

Mengikut jadual lawatan esok (Isnin), Perdana Menteri dijadual mengadakan sidang media khas (Exit Press Conference) bersama wakil media Malaysia di Tulah Clinical Wellness Sanctuary petang nanti bagi merumuskan dapatan lawatannya di Keralam.

Anwar juga dijadual menghadiri sesi libat urus bersama Gabenor, Ketua Menteri Keralam, serta barisan pemimpin perniagaan dan tokoh korporat terkemuka negeri itu bagi meneroka potensi kerjasama ekonomi dan pelaburan dua hala.

Sebaik menyempurnakan siri jelajah di Keralam esok, Perdana Menteri bersama delegasi akan berlepas ke Malé bagi memulakan lawatan rasmi ke Republik Maldives sehingga 15 September.

Related Posts

Program MADANI Kita himpun perkhidmatan, inisiatif kerajaan

KUANTAN – Program MADANI Kita 2026 di Tanjung Api menghimpunkan pelbagai perkhidmatan dan inisiatif kerajaan bagi membolehkan masyarakat mendapatkan bantuan, maklumat serta barangan keperluan pada harga lebih berpatutan secara terus…

Lebih lanjut

teruskan membaca
Malaysia sertai BRICS buka perdagangan luas, kekal pendekatan jalan tengah – KP JKOM

GOPENG – Penyertaan Malaysia sebagai negara rakan BRICS membuka peluang lebih luas kepada negara untuk memperkukuh hubungan perdagangan dengan negara anggota blok berkenaan yang mewakili lebih separuh daripada populasi dunia…

Lebih lanjut

teruskan membaca

Perlu dibaca

Selesai BRICS, PMX mulakan siri kedua lawatan kerja ke Keralam

Selesai BRICS, PMX mulakan siri kedua lawatan kerja ke Keralam

Program MADANI Kita himpun perkhidmatan, inisiatif kerajaan

Program MADANI Kita himpun perkhidmatan, inisiatif kerajaan

Malaysia sertai BRICS buka perdagangan luas, kekal pendekatan jalan tengah – KP JKOM

Malaysia sertai BRICS buka perdagangan luas, kekal pendekatan jalan tengah – KP JKOM

Industri kayu rekod RM9.4 bilion nilai eksport hingga Jun 2026

Industri kayu rekod RM9.4 bilion nilai eksport hingga Jun 2026

Penantian berbaloi, pasangan suami isteri bawa pulang motosikal cabutan bertuah PMK

Penantian berbaloi, pasangan suami isteri bawa pulang motosikal cabutan bertuah PMK

UMNO kekal Kerajaan Perpaduan hingga akhir penggal bukan perkara baharu

UMNO kekal Kerajaan Perpaduan hingga akhir penggal bukan perkara baharu